Siri kedua kisah kembara kami di Gua Tempurung kali menyambung pengembaraan kami sekeluarga ke laluan pakej kedua.. iaitu Top Of World...
Saya rasa kenapa pakej ini dinamakan sebegini adalah kerana kita akan melalui kawasan yang tertinggi sekali di dalam Gua Tempurung ini.
Pakej satu, Golden Flowstone dan pakej dua ini dikategorikan sebagai pakej Kering iaitu tidak melibatkan sebarang laluan ataupun aktiviti basah.
Manakala pakej 3 dan 4 adalah aktiviti basah dan melihat gambar yang disediakan dan di gantung di kaunter menunjukan melibatkan aktiviti lasak termasuklah mengharungi air.
Saya teruja untuk kembali ke sana dan menghabiskan keempat-empat pakej ini.
Laluan pakej dua Top of World ini memerlukan pendakian ke puncak dengan tangga yang agak curam selepas sahaja anda melepasi checkpoint Golden Flowstone.
Berada di atas rabungnya, anda akan menuruni pula untuk ke laluan ke pakej tiga. Ketika ini keadaan bumbung atau siling gua rendah dan kecil berbanding di pakej satu yang bumbungnya meninggi di atasnya.
Di sini ketika melalui ruangan kecil, anda akan merasa deruan angin yang melaluinya.
Kebiasaanya pengalaman saya ke beberapa gua seperti Kota Gelanggi, Senyum dan Kelam memang akan merasainya sebegini. Malah ada yang menamakan gua tersebut sebagai Gua Angin.
Laluan ini di atasnya pula agak landai dan menuju penamatnya adalah di laluan menuruni bukit untuk ke peringkat seterusnya.
Kemudian anda perlu kembali semula menggunakan laluan yang sama untuk ke muka gua.
Pemerhatian saya di kawasan ini lebih kepada batuan keras yang terbentuk dengan permukaan yang amat rata dan licin berbanding di permukaan dinding dan bumbung di kawasan Golden Flowstone.
Kalau melihat keadaanya saya menjangkakan, pergerakan angin yang lebih laju menyebabkan laluan atau lubang gua lebih terhakis dan tiada pertumbuhan kepada batuan lain.
Malah suasananya juga agak kering berbanding lembab di laluan awal.
Namun ianya sekadar pendapat peribadi. Untuk lawatan di sini juga terdapat pemandu arah yang boleh anda tanya untuk lebih lanjut dan tepat.
Dengan hanya RM 9 untuk kedua-dua tahap atau peringkat pengembaraan di sini, saya sangat-sangat menyarankan anda untuk memilih Gua Tempurung ini.
Ada pendapat mengatakan dengan pembinaan tangga dan jambatan di dalam gua ini akan menyebabkan keasliannya terhakis dan boleh merosakkan khazanah di dalamnya.
Saya sedikit bersetuju tetapi lebih terbuka dalam soal peluang kepada semua peringkat umur untuk mendekati keunikkan gua terutamanya bila berkaitan dengan keselamatan.
Malah binaan tangga dan jambatan membantu bahagian lain lebih terpelihara kerana pengunjung tidak akan melalui kawasan selain yang dikhaskan.
Pengalaman saya menerokai sendiri gua di Kota Gelanggi memang amat menyeronokan kerana perlu menyelit masuk, merangkak, meniarap, mengharung air dan pelbagai lagi. Namun ianya hanya sesuai untuk saya dan segolongan yang lain.
Untuk membawa isteri, anak-anak kecil ataupun remaja perjalanan sebegitu memang tidak sesuai tetapi dengan kemudahan di Gua Tempurung ini adalah amat memudahkan semua peringkat umur.
Keasliaannya mungkin tercalar tetapi lebih ramai yang dapat menghargai dan pihak yang bertanggungjawab keatasnya dapat melakukan penyelenggaran seperti yang saya lihat persekitaran dalam gua adalah amat bersih tanpa sampah sarap.
bangga sungguh Hakimi .. hakikatnya .. Bangang sungguh mamat ni .. |
Hanya saya melihat berlaku juga vandalisma dengan menconteng permukaan gua. Namun ketika di gua yang lain saya melihat lebih lagi vandalisma kerana tiada pengawasan sepanjang masa.
Jadi jika anda ingin mencari laluan kembara santai, pilih sahaja Gua Tempurung ini.
Kemudahan lain juga disediakan dengan aktiviti tambahan. Saya dah berkira-kira dengan kakitangan saya untuk ke sini sebagai aktiviti kami kelak... Insyaallah ...
Untuk koleksi Gambar kami selebihnya di sini.. KLIK
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.