Tuesday, December 3, 2013

Cameron Highlands : Mencari sisi yang berbeza 2...

Siri kedua catatan ini lebih kepada cadangan semata bagi mereka yang mencari sisi Cameron Highlands yang berbeza untuk diterokai.
 
Saya rasa untuk sisi yang berbeza kali ini adalah mengenai bagaimana kalau anda menjengah  atau melawat kawasan kampung-kampung atau penempatan Orang Asli yang berada di sekitar daerah ini.
 

(Untuk pelajar IPT yang membaca catatan ini, tolong jangan email saya untuk saya merancangkan perjalanan aktiviti anda samada untuk program atau kajian. Anda sudah tahu bagaimana caranya dan janganlah selalu nak short cut. Usahakan sendiri.... tangga kejayaaan - pengalaman saya menerima permintaan dan 'arahan' dari pelajar IPT sebelum ini).
 
Nampak dan dengarnya agak menarik bukan ? Mendekati kaum istimewa yang sedikit berbeza gaya hidup, budaya dan juga atur sosial yang berbeza. Padat dan kaya dengan budaya mereka yang tersendiri.  Unik dengan wajah-wajah yang berbeza rupanya dari kita namun mereka masih berbangga menjadi sebahagian dari MALAYSIA.
 
Bagaimana caranya untuk mendekati mereka?
 
Yang termudah, anda ambil pakej lawatan yang banyak disediakan oleh agen-agen tempatan. Bayarannya mungkin sedikit mahal sekitar RM 60-90 seorang untuk sehari perjalanan tetapi lebih berbaloi untuk aturan perjalanan yang mudah dan terus ke sasarannya tanpa perlu anda memikirkan adakah kenderaan anda sesuai memasuki penempatan mereka atau adakah anda boleh mendekati mereka dengan mudah?
 
Jadi yang tidak mahu susah memikirkan sebegini, anda boleh memilih mana-mana agensi perlancongan yang terdapat di sini. Mudah.
 
Kedua, anda merencanakan sendiri aturan dan perjalanan anda. Saya mempunyai beberapa catatan mengenai kunjungan saya ke perkampungan Orang Asli baik yang saya rancangankan sendiri ataupun memang mengikuti program yang diaturkan.
 
 
Untuk santai bersama keluarga, mungkin kunjungan kami ke Kampung Sungai Ubi ini boleh dijadikan panduan. Klik sini 
 
Juga catatan ini juga boleh dijadikan sebahagian atucara anda kelak. Klik sekadar meraikan kanak-kanak Orang Asli yang anda temui. 
 
Beramah mesra dan mendekati mereka dengan sama-sama menghormati perbezaan yang ada kerana itulah keistimewaan masing-masing bukannya mencemuh dan menghina. 

Kita pun bukan hebat sangat pun kan...  
 
 
Juga anda boleh ke perkampungan Orang Asli yang lain yang berdekatan.
 
Antaranya seperti ke Kampung Kuala Boh  atau ke Kampung Pangan atau Kampung Rantau atau Kampung yang Leryar dan kampung-kampung yang lain..

Klik sini .. atau sini... atau sini ... atau sini .... dan sini ... dan sini ... sini jugak... tak cukup ? kat sini pun ada .. situ jugak... kat sana pun tak mahu tertinggal jugak ...
 
Secara pasti , kunjungan anda ke sini pasti memberikan sisi yang amat berbeza untuk anda selami selepas menerokainya... 
 
mungkin ini sisi yang berbeza yang anda cari di sini ...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.