Monday, November 4, 2013

Thompson Trail - Peringkat Pos Mensoon ke Kampung Kuala Boh

Peringkat seteresnya ini dianggarkan sekitar 5-8 km sahaja. Namunkali ini  melalui kawasan separa off road di mana laluan kampung Orang Asli mula menjelma.
 
Jika dahulu laluan dari Pos Mensoon ke Kampung Kuala Boh adalah melalui arah yang berbeza yakni perlu melalui Kg Kuala Boh untuk sampai ke Pos Mensoon.
 
Namun pembukaan jalan baharu ini telah mengubah laluan utama untuk masuk ke kedua-dua kampung.
 
 
Sebelum masuk ke Kampung Kuala Boh, saya ingin bertanya berapa ramai yang perasaan dengan Pos Mensoon yang terletak berseberangan tempat persimpangan masuk ke Kampung Kuala Boh?
 
Tiada ?

Jadi anda telah terlepas pandang dengan Pos Menson dan juga kampung-kampung orang asli yang terdapat disekitarnya.
 
Tidak mengapa.
 
Saya kongsikan dengan anda bahawa di Pos Mensoon ini merupakan kawasan pos bagi beberapa kampung yang lain seperti Relung, Rantau dan sebagainya.
 
 
Ianya dilengkapi dengan sekolah dan juga klinik desa untuk masyarakat Orang Asli yang berada sekitar Pos ini.
 
Catatan terdahulu mengenai penempatan orang asli sekitarnya saya kongsikan di SINI
 
Jika anda ke hadapan sedikit di laluan utama ini, anda akan menemui Perkampungan Baharu Kg Leryar yang telah diwujudkan setelah kampung lama mereka digunakan untuk jajaran jalan baharu.
 
Lebih ke hadapan adalah Kampung Susu, Tiat dan Teji yang mana sekarang sedang galak dengan pembinaan empangan Jelai.

Ketiga-tiga kampung ini akan dialihkan dengan penempatan baharu kelak.
 
Laluan ini kelak akan kelihatan seperti laluan Felda Aring - Tasik Kenyir kerana akan ada tasik empangan di sebelahnya. Menarik bukan ?
 
Di hujungnya pula anda boleh melihat Pos Telanok dan juga Kampung Cheros yang terletak bersempadanan dengan Daerah Raub. 
 
Itu kisah mengenai penempatan orang Asli dan anda boleh baca catatan saya terdahulu mengenai gambar-gambar wajah unik  ini di sini, sini dan sini.
 
 
Berbalik kepada laluan TT kita, peringkat pendakian pertama bermula. Dan selepas bersantai mengayuh sejauh 33 km, laluan pendakian ini menyaksikan ramai yang mula tertewas.

Maklumlah berkayuh santai terlalu lama katanya menyebabkan kurang tercabar di awal kayuhan. Boleh percaya ke alasan ini?
 
Ramai juga di antara rider yang menolak basikal mendaki bukit ini menjadikan pergerakan agak pelahan dan menjadi sesak. 

Namun sebaik sahaja laluan menuruni bukit sampai para rider kembali memecut bila menuruninya bagaikan seorang pro.
 
 
Sampai sahaja di sini di mana terletaknya juga check point dan water station yang pertama.

Selain air dan sedikit makanan ringan yang dicari terdapat juga satu lagi keunikkan yang mendapat perhatian semua para rider.
 
PERKAMPUNGAN ORANG ASLI dan MASYARAKATnya.
 
Kisahnya saya kongsikan di catatan akan datang.

Koleksi gambar di sini untuk peringkat Pos Mensoon ke Kg Kuala Boh.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.