Peringkat terakhir ini adalah melalui Ladang Teh Boh sebaik sahaja sampai dari Kampung Pangan yang akan saya kongsikan kisahnya di catatan yang lain.
Laluan di ladang teh ini seharusnya menjadi kemuncak laluan yang amat digemari oleh para rider kerana pemandangan yang amat cantik dan menyegarkan.
Juga pemandangan ladang teh ini memberikan sisi kayuhan yang amat berbeza kerana hanya di Cameron Highlands yang menawarkan suasana sebegini.
Namun tidak semua yang mengemari kayuhan di ladang teh ini. Kisahnya saya kongsikan dalam catatan yang seterusnya.. "bila rescue bermula"..
Saya sendiri tidak sempat mengejar barisan hadapan kerana sibuk membantu mereka yang berada di bahagian belakang.

Untuk anda yang pertama kali ke ladang teh ini. Ianya adalah Ladang Teh milik BOH Plantation yang dibuka seawal 1927 oleh John Archibald (J.A) Russell. Catatan saya terdahulu di sini .
Ladang teh ini mempunyai beberapa bahagian seperti Farlie Division, Central Division dan Boh Division. Namun jika anda melihat peta lama terdapat juga Chako Division, Prakash Division, Ulung Division dan Southern Division.
Jika anda datang ke sini nanti, saya mencadangkan anda menghabiskan masa sepenuhnya di ladang teh ini dengan mengikuti laluan-laluan di bahagian-bahagian ini
Saya sendiri seronok melalui kawasan ini dari bahagian ke bahagian walaupun dengan motosikal saya seperti di dalam catatan ini . Klik
Inginkan cadangan?
Anda menginap di MNS Chalet yang terletak di dalam ladang ini . Klik catatan saya di SINI.
Kemudian anda boleh mengeksplorasi seluruh kawasan ladang teh ini baik dari sebelah sini mahupun di sebelah sana.
Bangun awal pagi dan berkayuh dengan kesejukan serta singgah menikmati hirupan teh serta jangan lupa menyertai pemetik daun teh di sini.
Berbalik kepada kayuhan TT, saya melihat ramai pengayuh yang bergerak pantas terutamanya mereka yang mendahului.
Mereka berkayuh tanpa erti penat untuk sampai ke puncak di Hentian Teh sebelum melayan menuruni bukit ke kawasan penamat.
Pelbagai teknik digunapakai oleh mereka. Selain gear yang sesuai teknik melihat tanah sahaja turut menjadi senjata ampuh.
Bak kata kawan saya dari Rawang, jangan tengok laluan bukit dihadapan kerana pasti terasa penat sebaliknya hanya melihat jalan semata dan terus berkayuh.
Laluan yang berliku-liku dan mendaki memang mencabar. Namun cuaca segar dan sejuk yang mengiringi mereka di samping cuaca mendung amat membantu.
Cuma mungkin anda akan perasan dengan kelibat pesawat ringan yang terbang rendah ke sana sini.
Sebenarnya itu adalah pesawat membaja pokok teh dengan kekerapan 3 kali setahun.
Malah ramai yang tidak mengetahui, Ladang Teh ini mempunyai landasan kapal terbang tertinggi di Malaysia.
Klik sini untuk catatan saya mengenai pusingan membaja yang sebelum ini .Klik .
Seronok mengayuh basikal di sini? Macam-macam ada...
Koleksi gambar di sini
Ladang teh ini mempunyai beberapa bahagian seperti Farlie Division, Central Division dan Boh Division. Namun jika anda melihat peta lama terdapat juga Chako Division, Prakash Division, Ulung Division dan Southern Division.
Jika anda datang ke sini nanti, saya mencadangkan anda menghabiskan masa sepenuhnya di ladang teh ini dengan mengikuti laluan-laluan di bahagian-bahagian ini
Saya sendiri seronok melalui kawasan ini dari bahagian ke bahagian walaupun dengan motosikal saya seperti di dalam catatan ini . Klik
Inginkan cadangan?
Anda menginap di MNS Chalet yang terletak di dalam ladang ini . Klik catatan saya di SINI.
Kemudian anda boleh mengeksplorasi seluruh kawasan ladang teh ini baik dari sebelah sini mahupun di sebelah sana.
Bangun awal pagi dan berkayuh dengan kesejukan serta singgah menikmati hirupan teh serta jangan lupa menyertai pemetik daun teh di sini.
sibuk berkayuh, apa kata jangan lepaskan peluang beramah mesra dengan kanak-kanak yang berada di ladang ini . Bawakan kegembiraan kepada mereka .. |
Mereka berkayuh tanpa erti penat untuk sampai ke puncak di Hentian Teh sebelum melayan menuruni bukit ke kawasan penamat.
Pelbagai teknik digunapakai oleh mereka. Selain gear yang sesuai teknik melihat tanah sahaja turut menjadi senjata ampuh.
Laluan yang berliku-liku dan mendaki memang mencabar. Namun cuaca segar dan sejuk yang mengiringi mereka di samping cuaca mendung amat membantu.
Cuma mungkin anda akan perasan dengan kelibat pesawat ringan yang terbang rendah ke sana sini.
Sebenarnya itu adalah pesawat membaja pokok teh dengan kekerapan 3 kali setahun.
Malah ramai yang tidak mengetahui, Ladang Teh ini mempunyai landasan kapal terbang tertinggi di Malaysia.
Klik sini untuk catatan saya mengenai pusingan membaja yang sebelum ini .Klik .
Seronok mengayuh basikal di sini? Macam-macam ada...
Koleksi gambar di sini
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.