Peringkat terakhir laluan di padang teh memang mengasyikan mata. Namun di sebalik keasyikan, terdapat keperitan bagi sesetengah rider.
Bukan semua yang fit !!!
Bagi para marshall, mereka telah bertungkus lumus membantu para rider yang telah kepenatan, cedera dan patah semangat sejak dari laluan off road lagi.
Peserta yang cedera kami bawa keluar.
Yang penat dan semput juga dibawa keluar.
Malah yang tercabut tapak kasut pun di bawa keluar meninggalkan basikal mereka di dalam hutan !!!
Bila sampai di Ladang Teh, masih ramai yang mengigihkan diri.
Soalan yang berat untuk dijawab jujur oleh kami para marshal ialah berapa jauh lagi dan berbukit atau landai.
Nak kata jujur takut ramai yang menyerah awal dan untuk tidak berkata jujur pula rasa bersalah di dalam diri.
Selalunya jawapan klise kami setengah batang rokok (tips dari orang asli) dan lebih kurang landai tak landai.
Namun kami membantu seadanya untuk membawa mereka ke tahap yang terbaik boleh mereka lakukan.
Sebaik melepasi kawasan kedai di tengah ladang teh, makin ramai yang menyerah.
Maka bagi marshall yang bermotorsikal, kami membawa rider dengan basikal mereka ke bahagian hentian teh untuk memberikan mereka peluang meneruskan kayuhan menuruni bukit.
Bukan satu, bukan dua bukan tiga dan tidak berakhir dengan pantas, para marshall berulang alik dari kawasan bawah ke atas bersama dengan para rider yang telah tewas mendaki.
Kalau rider mengatakan sakit pinggang, kami pula kata sakit punggung kerana berulang alik turun naik membantu riders. Tak apa dah tugas kami.
Akhirnya SOS dipancarkan sekitar pukul 2 petang dengan perut sedang kuat berdondang sayang.
Bukan hanya landorover atau hilux dipanggil masuk malahan lori 3 dan 5 tan dibawa masuk untuk mengangkut rider yang tertinggal jauh di belakang.
Lebih mengujakan bilamana hujan mula turun dengan lebatnya di akhir pendakian.
Akhirnya semua peserta dibahagian belakang dibawa keluar tetapi hanya sebilangan sahaja yang sudi meneruskan perjalanan dengan lori dan hilux kerana sebahagian besar rider teruja pula untuk meneruskan kayuhan 'downhill" ke garisan penamat.
Konon-konon kayuh habis la.... oppss rahsia,......
Klik sini untuk koleksi gambar ..klik
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.