Dah melawat kanak-kanak di Kampung Orang Asli di Sungai Ubi, saya tertarik untuk mengetahui pencapai mereka dalam pendidikan.
Menerusi isteri saya yang juga seorang Guru di SMKSAS yang mana hampir kesemua pelajar sekolah menengah dari kampung ini belajar di sana, kualiti pelajar orang asli masih lagi ketinggalan biarpun pelbagai bantuan dan tumpuan khusus diberikan.
Malah asrama sekolah juga khusus kepada pelajar-pelajar orang asli yang kampung mereka jauh dari sekolah bagi mengelakkan keciciran.
Namun semua tepuk dada tanya selera. Kita hanya mampu mengajak, menyeru, membantu dan menawarkan segala kemudahan yang terbaik untuk mereka belajar dan mengubah nasib keluarga mereka.
Ada kisah-kisah anak orang Asli dari daerah ini yang berjaya menamatkan pengajian di universiti tempatan membuktikan tiada halangan untuk mereka berjaya asalkan mempunyai semangat, iltizam dan mahu berusaha untuk berubah.
Untuk mengetahui secara keseluruhan, pasukan penyelidik UKM telah melakukan kajian mengenai "Transformasi Modal Insan melalui Peningkatan Pendidikan: Kajian Kes Komuniti Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang"
Saya berkongsikan laporan kajian mereka yang agak menyeluruh seperti Asbtrak Kajian mereka yang saya kongsikan dibawah:
Pendidikan merupakan elemen penting dalam peningkatan pertumbuhan ekonomi negara. Pendidikan dapat meningkatkan ilmu dan menjurus kepada peningkatan skil. Kelahiran pekerja skil rendah, skil sederhana dan skil tinggi penting dalam perekonomian yang berorientasi pembuatan dan perkhidmatan. Semakin tambahnya graduan lulusan pengajian tinggi juga dapat menigkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi negara. Namun demikian ternyata peningkatan pekerja berpendidikan dan berskil tidak konsisten dalam semua etnik di Malaysia.
Etnik minoriti Orang Asli yang kebanyakannya tinggal di kawasan tanah tinggi atau di kawasan pedalaman cenderung mempunyai kadar keciciran yang tinggi dalam setiap peringkat pendidikan.
Jika usaha kerajaan untuk mentransformasi modal insan melalui pendidikan merealisasi maka kadar keciciran dalam kalangan Orang Asli perlu diturunkan.
Kertas kerja ini berdasarkan penyelidikan lapangan yang telah dijalankan di perkampungan Orang Asli di Kg Sungai Ruil, Kg Sungai Cheros, Kg Leyer, Kg Pos Menson, Kg Kuala Boh, Kg Sg Ubi dan Kg Bertam, Cameron Highlands, Pahang.
Kertas kerja ini akan membincangkan dapatan hasil kajian lapangan bersama dengan data sekunder yang sedia ada.
Penulis juga menggariskan beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap pendidikan dan skil dalam kalangan Orang Asli, khususnya di kawasan kajian Cameron Highlands.
Klik sini untuk kajian menyeluruh mereka. KLIK .
Kredit untuk pasukan penyelidik ini yang terdiri daripada:
Doris Padmini Selvaratnam
Abdul Hamid Jaafar
Norlida Hanim Mohd Salleh
Redzuan Othman
Siti Hajar Idris
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Selamat membaca...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.