Dari laman CHiMP , saya kongsikan salah satu penghuninya iaitu HERBA HUTAN.
Dari laman internet saya menemui nama saintifiknya iaitu Zigiber Speciabile ataupun nama tempatan kita sebagai Lempoyang.
Teringat pula kisah 3 Abdul dengan watak Tuan Hussien Lempoyang, penjual taik unta.. Wowwww!!!!
Jika anda memandu naik ke Cameron Highlands melalui Jalan Pahang ataupun Tapah, anda akan mudah menemui halia ini untuk dibeli pulang hasil jualan Orang Asli di tepi jalan.
Harganya kalau mengikut pengalaman saya yang pernah membelinya adalah RM 10 dan ke atas mengikut saiz.
Untuk melihat herba ini di laman habitatnya agak sukar kerana berada di dalam hutan namun andainya CHiMP di Tanah Rata dibuka untuk kunjungan awam , pasti peluang ini akan menjadi mudah untuk anda melihatnya.
Jom, kita hantar email untuk menyeru pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang untuk membuka taman tersebut kepada umum kerana telah lebih 5 tahun ianya diusahakan.
Saya juga ini memetik petikan kosmo yang juga menceritakan kelebihan herba ini yang dilakukan kajian saintifik oleh mereka.
Khasiat halia hutan
Mungkin selama ini ramai yang memandang enteng terhadap potensi halia hutan atau lempoyang tetapi penyelidik-penyelidik itu berjaya membuktikannya.
Secara asasnya, lempoyang adalah daripada spesies halia yang juga dipanggil halia hutan atau liar. Ia agak mudah ditemui kerana tumbuh liar di kawasan semak samun. Pokoknya yang mempunyai bunga cantik, menyerupai pokok bunga kantan dengan daun tirus.
Menurut ketua penyelidik kajian itu, Dr. Ahmad Bustamam Abdul dari Institut Biosains UPM, herba hutan itu mempunyai kemampuan rawatan yang sama seperti ubat antikanser komersial selain tidak membunuh sel-sel normal manusia.
“Teknologi ini selamat dan ia mempunyai kemampuan tinggi membunuh sel-sel kanser pangkal rahim serta mengurangkan komplikasi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi,” ujarnya yang juga bertindak sebagai pensyarah dan penyelidik di Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.
Jelas Ahmad Bustaman, bahan yang menjalani ujian pra klinikal itu terbukti mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat.
“Bahan semula jadi ini mampu dikomersialkan dalam bentuk cecair (pencuci alat sulit) dan dan jenis yang dimasukkan ke dalam faraj. Ia kini berada di peringkat akhir iaitu peringkat pembangunan produk bertaraf komersial untuk tujuan pemasaran,’’ terangnya.
Artikel Penuh: ( http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0201&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_03.htm#ixzz2eliA4lhP
Hakcipta terpelihara
Atau klik sini
Untuk melihat 13 koleksi gambar lempoyang yang lain ada di laman FB saya. Di SINI
antaranya seperti ini:
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.