CHiMP adalah ringkasan kepada Cameron Highlands Montane Park yang bermaksud Taman Hutan Montane di Cameron Highlands.
Kalau anda mencari makna montane merujuk kepada Hutan Montane merujuk kepada kawasan hutan yang terdapat pada ketinggian 1,200 - 1,500 meter dari paras laut yang kebanyakan spesiesnya bersaiz sederhana seperti Pokok Mempening, Pokok Berangan, Pokok Damar Minyak, dan Pokok Podo.
Perkataan "montane" pada dirinya merupakan istilah biogeografi yang merujuk kepada kawasan tanah tinggi yang terletak di bawah garisan pokok.
Kawasan montane umumnya mempunyai suhu yang lebih dingin dan seringnya hujan yang lebih lebat, berbanding dengan kawasan tanah pamah yang berhampiran.
Kawasan itu juga merupakan tempat kediaman untuk komuniti tumbuhan dan haiwan yang tersendiri. (Sumber wikipedia).
Jika merujuk kepada pentaksiran di atas, maka Cameron Highlands mempunyai ciri-ciri yang dimaksudkan dan hutannya adalah amat tebal.
Bayangkan keluasan daerah ini sekitar 72 ribu kilometer persegi dan hanya 15-20 peratus yang diduduki dan menjadi kawasan penempatan dan ladang sayuran , manakala selebihnya masih hutan tebal.
Maka untuk anda melihat sendiri keunikkan hutan bertaraf montane di sini amat mudah. Masuk sahaja ke mana-mana bahagian hutan, sudah dikira memasuki kawasan hutan montane.
Namun bagi yang mahukan perkara mudah, Jabatan Perhutanan telah membina dan mewujudkan sebuah Taman Montane untuk kunjungan anda.
Cumanya.. taman ini sebenarnya sudah berusia 5 tahun lebih tetapi masih belum di buka kepada awam malah suatu ketika kelihatan seperti amat terbiar atau dibiarkan sahaja.
Saya pernah berkongsikan catatan kami sekeluarga memasuki taman ini secara 'paksa rela" kerana pintunya tidak pernah terbuka.
Maka kami melihat pagarnya sudah roboh oleh pengunjung terdahulu, maka keinginan untuk tahu dan berekreasi memanjangkan langkahan kami ke sana.
Tetapi hari Isnin yang lalu, saya sempat menyelit seketika ke dalam mengikut laluan pintu utamanya bilamana Jabatan Perhutanan dengan sokongan dari kakitangan FRIM melakukan bancian tanaman di situ.
Mereka mengenapasti jenis tumbuhan yang baharu di kawasan taman kecil ini.
Melalui mereka, Taman ini akan dimajukan semula tetapi tidak pasti bila. Tapi saya rasa akan segera dibuka kerana Ahli Parlimen di sini adalah Menteri Alam Sekitar yang bertanggungjawab dengan Jabatan Perhutanan.
Sedikit tambahan infrastruktur telah dilakukan, dan saya amat mengharapkan ianya dapat dibuka buat kali pertama untuk kunjungan awam.
Cuma laluanya agak licin dan merbahaya. Mungkin perlu diubahsuai sedikit.
Koleksi tanaman semakin bertambah dan saya mengharapkan kunjungan singkat pengunjung kelak dapat menimba ilmu seadanya...
Klik gambar yang lain di SINI.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.