Bersembang-sembang dengan kawan-kawan semasa bersarapan tadi, terbual mengenai gelagat pelancong-pelancong yang datang ke Cameron Highlands.
Cuma gelagat yang dikongsi adalah kisah yang menjadikan kami sebagai penduduk di sini di dalam dilema dan lucu pun ada namun jauh di sudut hati, terkesan pun ada.
Bukan apa, dalam pelbagai gelagat tersebut kami sebenarnya dalam keadaan serba salah. Niat membantu setelah diminta bantuan akhirnya disalahkan pula.
Tidak teringgal pula bila persepsi yang diberikan kepada kami amat tinggi dan ada juga gelagat yang akhirnya memakan hati kami dalam diam.
Bila bersembang-sembang sebegini, rasanya tidaklah terlalu menekan sangat tetapi saya dalam diam sebentar tadi berfikir.. mungkin sedikit perkongsian kisah pendek mengenainya boleh dikongsi di laman ini dan jika ada yang membacanya mungkin boleh mengelakkan melakukan sebegini.
Mungkin secara biasa, kisah-kisah ini pun dianggap biasa. Namun kesannya mungkin terlebih biasa.
Jadi kisah yang akan saya kongsikan nanti ini sebenarnya terjadi. Namun diolah sedikit supaya lebih selesa namun masih tetap dengan " tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun telah pergi menghadap ilahi"....
Boleh ... Tagnya "Cuit-cuit".
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.