Bahan untuk catatan ini saya perolehi dari laman Groupon yang menawarkan pakej menarik untuk menginap di Hotel De La Fern.
Tawaran terbaharu adalah untuk penginapan untuk di bilik Deluxe Quad Room dengan harga RM 418 semalam untuk 4 orang berbanding RM 700 harga biasa.
Juga tawaran untuk menginap di Junior Suite untuk RM 428 semalam berbanding RM 740 semalam harga biasa.
Bagi yang inginkan bilik Family Suite, harga tawaran adalah RM 528 semalam berbanding RM 900 semalam.
Bagi saya harga yang ditawarkan bolehlah dipertimbangkan jika berkemampuan.
Hotel ini baharu sahaja dibuka sekitar 2-3 tahun yang lalu dan sememangnya terletak di tepi jalan utama di antara Tanah Rata dan Brinchang.
Selain lokasi, saya mendapati hotel ini memang selesa. Kalau tidak pasti CEO saya tidak akan berulang kali menginap di sini jika ada urusan di pejabat kami setelah mencuba beberapa buah hotel setarafnya di sini.
Namun bagi yang ingin mengambil pakej ini, baca dengan teliti syarat yang ditetapkan samada tarikh, caj tambahan ataupun pakej sarapan mereka.
Maklumat lanjut mengenai pakej ini boleh dilihat di sini . Klik
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.