Salam 2013. Memulakan tahun baru ini dengan sedikit perlahan dari segi catatan tambahan yang boleh dimuatkan di dalam mrkumai.blogspot.com berikutan masalah kapasiti blog yang telah habis. Saya tidak dapat memuatnaikan gambar-gambar terkini biarpun terdapat hampir 9 draft catatan yang telah disiapkan. Insyallah akan diusahakan caranya nanti. Jika anda mempunyai tips. kongsikan bersama saya di sini.
Untuk tahun 2013, ini saya merumuskan sepanjang 6 hingga 7 tahun menetap di sini, penghujung tahun yang lalu Cameron Highlands lebih meriah dari segi jumlah pengunjung ke sini. Ini mungkin kerana pembukaan jalan baharu yang menghubungkan Cameron Highlands dengan daerah adik beradiknya sendiri iaitu Kuala Lipis dan Raub tanpa perlu melalui laman negeri orang lain.
Maka berduyun-duyun pelancong negeri sendiri datang ke daerah ini berbanding dahulu. Itu ringakasan dari pemerhatian saya...
Yang nak saya kongsikan adalah mengenai HOTEL MUSLIM yang baru dibuka disini. Kalau hendak mengira hotel-hotel yang dimiliki sepenuhnya oleh pemilik Muslim, hanya terdapat beberapa kerat sahaja.
Untuk Hotel Muslim ini, saya kira perkembangan yang amat membanggakan. Terletak di pinggir pekan Tanah Rata dan bersebelahan jalan utama ke Brinchang hotel ini menjanjikan ciri-ciri Islamik yang memenuhi fardu kifayah terhadap pelancong Islam.
Dengan wujudnya hotel ini beserta dengan pembukaan Cafenya, maka ianya menjanjikan peluang kepada pelanggan Islam untuk mendapatkan kemudahan dan juga makanan halal tanpa sebarang keraguan.
Mempunyai 33 bilik pelbagai saiz dengan kemudahan yang lengkap memberikan keselesaan kepada anda untuk menginap di sini.
Saya mengunjungi Hotel ini dari luar dan bersembang-sembang dengan pekerja di bahagian sambutan tetamu di kaunter, mereka menyatakan hotel ini menawarkan pakej harga bermula dari RM 60-100 untuk bilik single tanpa tingkap. Bilik Seorang bertingkap pula bermula dari RM 80-120.
Bagi bilik Queen tanpa tingkap RM 110 -150 , Queen Bertingkap RM 120-160 manakala bagi bilik Twin Sharing tanpa tingkap RM 110-150, Twin Sharing bertingkap RM 120-160.
Bagi bilik Triple tidak bertingkap RM 170-210, yang bertingkap RM 180-220, Bilik bekeluarga RM 190-230 dan juga bertingkap RM 200-240.
Bagusnya, harga yang ditawarkan beserta sarapan pagi di Muslim Cafe mereka. Kemudahan di Cafe mereka yang sifat terbuka untuk pelanggan hotel dan orang luar memberikan sedikit kelainan bagi kami kerana hidangan makanan di sini berorentasikan cafe hotel dengan kemudahan buffet. Saya selesa mengambil sarapan di sini.
Ruang meletak kenderaan amat luas dan secara percuma.
Alamat mereka di :
MUSLIM HOTEL CAMERON HIGHLANDS,
MARIGOLD SQUARE, TANAH RATA, C
AMERON HIGHLANDS.
Tel: 054914080 atau 03-55494801
0129690975,0129850975, 0123680975, 0122160975
Layari laman web mereka : www.muslimhotel.com.my ada tawaran tambahan di sana.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.