Saya akui tahun 2013, agak perlahan sedikit penambahan catatan di mrkumai ini. Selain dengan masalah kapasiti blog yang dah penuh, saya juga agak sibuk dengan perancangan dan tugasan syarikat di awal tahun. Fokus dan keutamaan perlu diberikan sewajarnya kepada amanah ini.
Namun menyelit sedikit catatan mengenai Cameron Highlands adalah satu catatan yang lama saya ingin kongsikan malah saya pernah kongsikan sebelum ini melalui petikan akhbar mengenainya iaitu MARINA CHALET.
Saya rasa, chalet ini adalah perentas jalan kepada kewujudan chalet dan homestay di Taman Sedia. Kisahnya boleh anda cari di dalam laman mrkumai ini melalui catatan terdahulu.
Cuma saya tidak membuat catatan mengenainya kerana tidak kesempatan untuk singgah ke sana kecuali minggu lepas semasa mengambil anak dari tadika Islam yang terletak berdekatan.
Bersembang-sembang dengan pengurusnya yang juga anak pemilik chalet ini , Suhaimi yang ramah dan amat aktif dengan laman blog maklumat pertaniannya . Kebun Warisan .
Selebihnya saya akan kongsikan sambungan ke laman web mereka dengan mengklik di SINI.
Pemerhatian saya, chalet ini mempunyai 18 buah bilik penginapan untuk anda pilih dan difahamkan oleh Suhaimi, dia sedang membuat 3 buah bilik untuk penginapan keluarga ala banglo.
Kedudukan biliknya bersebelahan antara satu sama lain dan sesuai untuk penginapan keluaga dan tidak perlu memanjat bukit bagi orang tua atau warga emas ataupun ibu mengandung. Rujuk kepada pamplet mereka di bawah untuk maklumat lanjut mengenai harga dan kemudahan yang disediakan.
Terletak di Taman Sedia yang mempunyai pelbagai tarikan khasnya tanaman dan industri hiliran strawberry, anda boleh mengunjungi kiosk dan kebun tersebut dengan mudah.
Terdapat ruang 'lepak' yang sesuai untuk membuat bbq ataupun duduk bersantai sampai lewat malam bagi perjumpaan reunion.
Surau Taman Sedia hanya terletak bersebarangan dengan Marina Chalet ini dan mudah untuk menunaikan solat setiap kali masuk waktu solat.
Selebihnya saya tampalkan gambar-gambar seperti di atas yang saya ambil dari laman blog mereka. Cuma Pamplet yang di atas ini rasanya versi lama. Jadi apa kata anda hubungi sendiri mereka melalui;
01933 555 42 (Suhaimi) ataupun En. Yusri 019 637 1570.
Telepon pejabat 054911295 fakximili 05 4913199
atau email chaletmarina@gmail.com
atau Facebook di http://www.facebook.com/suhaimi.mike
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.