Saturday, December 1, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Food Camp



Catatan pertama bulan December 2012 ini saya mulakan dengan tema percutian dan harapan saya catatan mengenai Cameron Highlands sebelum dan selepas ini dapat membantu anda merancang perjalanan dan percutian anda ke sini. 


Catatan kali ini saya ingin berkongsikan mengenai Food Camp yang merupakan salah satu tempat pilihan  untuk anda menikmati makan dan minum ketika berada di sini. 

Kenapa namanya 'FOOD CAMP" dan hiasannya bercoloreng? Mudah sahaja. Pemiliknya adalah bekas Pegawai Tentera yang telah bersara dan pastinya masih mengekalkan jatidirinya yang tebal dengan imej sedemikian. 

Food Camp ini mula dibuka selepas hari raya yang lalu di mana diusahakan secara persendirian. Ini bukanya arked makanan yang dibina oleh pihak majlis daerah jadi susunatur agak berbeza dan barangakali unik sedikit. 


Food Camp dibina bersebelahan Hotel Cool Point dan juga bersempadanan dengan tempat letak kereta Majlis Daerah Cameron Highlands. Ini menjadikannya amat mudah untuk dikunjungi dengan ruang meletak kereta dan bas yang amat luas. 


Food Camp mempunyai 5 buah gerai makanan dan satu gerai minuman yang menawarkan pelbagai menu pilihan. Antaranya gerai roti canai dan aneka mee serta nasi untuk sarapan pagi dan tengahari. Makanan panas pula menawarkan jenis bergoreng panas seperti biasa.

 

Istimewa di sini terdapat sebuah gerai yang menawarkan masakan Asam Pedas Melaka yang diusahakan oleh pemilik yang berasal dari Merlimau Melaka. 


Ruang tempat duduknya amat luas dan boleh memuatkan lebih dari 150 orang dalam satu masa. Pilihan tempat duduk mempunyai pilihan kepada anda samada ingin meja yang panjang, bulat dan istimewanya bersila. 


Dibuka setiap hari untuk kunjungan anda dan jika anda datang berombongan, pastinya boleh dijadikan pilihan untuk menempah katering di sini kerana mudah dikunjungi, selesa untuk menjamu selera dan kemudahan letak kenderaan yang amat luas. .

Juga terdapat kemudahan surau dan tandas yang disediakan secara percuma. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.