Wednesday, November 14, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Tanaman Anggur

Anggur juga ada ditanam di Cameron Highlands. Namun ianya lebih kepada perhiasan ataupun lanskap tanaman yang mengisi ruang dan sudut terutamnya di pusat jualan dan juga nurseri tanaman sebagai tarikan kepada pelancong.

Mudahnya jika anda ingin melihat tanaman anggur di Cameron Highlands, anda boleh mengunjungi beberapa pusat perlancongan seperti Stesen Mardi yang mempunyai dua rumah hijau khas untuk tanaman anggur sebagai salah satu bahan kajian mereka. 

Jika tidak anda boleh ke hentian pelancongan seperti ladang strawberry milik KHM dan juga Al Mashor di  Kampung Taman Sedia yang telah menanam pokok anggur ini untuk meredupkan ruang jualan mereka dan disamping itu boleh menjadi tarikan tambahan.

Anak pokok anggur boleh dibeli di sesetengah nurseri tanaman dan kalau anda ke MARDI, terdapat dua pilihan saiz anak pokok anggur, yang besar berharga RM 20 dan yang kecil RM 10 setiap sepasu anak pokok. 

Jika anda mendapati ada jualan mengatakan anggur Cameron Highlands, maka lupakan sahaja kerana tiada lagi sepanjang pengetahuan saya adanya pengusaha besar-besar untuk mengeluarkan tanaman anggur setakat ini. 

Namun jika di tanya buah anggur yang sedia ada ditanam iniapakah rasanya.. saya katakan amat masam.... 

Selebihnya, saya berkongsikan gambar mengenai pokok anggur di Cameron Highlands.










3 comments:

  1. Goood...nice photos..saya juga mempunyai "mini grapevins" with lots of nice photos..check here: http://jongrapevines.blogspot.com

    Semua anggur saya manis kecuali jenis Isabella (yg telah dicantas!).

    Benih anggur juga dijual secara pos.

    rgds,
    Jon

    ReplyDelete
  2. boleh tk saya dapatkan nombor telifon Jontih Enggihon

    ReplyDelete
  3. email saya alyarifqah08@gmail.com.saya mahu minta tolong untuk dapatkan nombor tel Jontih Enggihon.saya mahu beli biji benih anggur

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.