Thursday, November 8, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Senarai Semak Lokasi Persingahan siri 2

Untuk siri kedua senarai semak lokasi persingahan ini, saya mulakan dengan kawasan sekitar padang golf sehingga ke Kuala Terla.

Sekitar Padang Golf:

Kalau anda membaca catatan mengenai padang golf ini, terbina seawal 1930 an dan masih kekal sehingga kini. Sekitarnya juga terdapat beberapa lokasi menarik untuk anda singgah seperti sekadar bergambar dengan The Smoke House Hotel yang dibina sekitar 1934 dan juga Cameron Highlands Resort yang juga dibina serentak dengan padang golf.



Menjengah sedikit ke arah Tanah Rata, anda boleh singgah ke Bala Chalet yang turut menyimpan sejarah pembinaan seawal 1930 an. 

Kedai Makan Anjer Corned terletak berdepan dengan Hotel Rosa de la Rossa. Anjer Corner menyediakan penghantaran makanan seperti yang saya kongsikan dalam catatan yang baru-baru ini. 

Juga anda boleh menyimpang sedikit ke perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak di antara persimpangan jalan di sekitar padang golf ini. 

Bagi kakitangan kerajaan, jalan masuk ke Rumah Rehat Perseketuan juga terletak di sini. 

Pekan Brinchang:

Pekan ini dikatakan nadi aktiviti perlancongan dimana bukan sekadar koleksi hotel bajetnya yang bercambah tetapi juga kemudahan membeli belah yang dekat dan terletak diantara pekan Tanah Rata dan juga Kea Farm.



























Pasar Malam Brinchang amat popular di waktu malam sepanjang hujung minggu malah jika cuti sekolah, ianya dibuka setiap malam. Terdapat juga mini ekspo yang dianjurkan samada dihadapan IPD ataupun di perkarangan masuk Kem Brinchang. 

Big Strawberry farm dan juga Cactus Valley di pinggiranya mengamit kunjungan anda. Jika kereta anda menghadapi masalah atau kerosakan di Jalan Sultan Abu Bakar ini terletakanya deretan bengkel kenderaan. 

Pekan Brinchang dilengkapi dengan MASJID KAYANGAN di tengah bandarnya dan menjadi tumpuan kepada pelanocng untuk menunaikan solat. 

Juga pekan ini mempunyai 2 stesen Minyak iaitu Petronas dan Shell dan hanya ini lokasi stesen minyak yang menghadap ke arah utara Cameron Highlands. 

KEA FARM:

Kea farm adalah pusat utama jualan sayur-sayuran untuk pelancong malah ianya berada di atas puncak tertinggi laluan utama Cameron Highland sebelum menuruni semula samada ke Brinchang atau ke Tringkap.

Pusat jualan ini hanya terletak di pinggir jalan dan menyebabkan kesesakan yang amat teruk di musim percutian. Jangan meletak kenderaan anda sesuka hati kerana harga 'shopping' anda akan menjadi mahal jika lembaran saman terkepil kemudian di wiper kenderaan anda. 



Juga terdapat Raju Hill Strawberry farm yang bersebelahan dan jika anda ingin menginap di sini terdapat Equotorial Hotel yang merupakan hotel tertinggi dan terbesar di daerah ini. 

Pemandangan di sini amat menajubkan jika anda memandu masuk ke Ladang Teh Sungei Palas. Malah pandangan anda akan lebih meluas jika menaiki pula jalan ke puncak Gunung Brinchang dengan kenderaan anda. 

Semua Catatan mengenai kawasan dan lokasi ini ada dimuatnaikan dalam catatan terdahulu.

Tringkap dan Kuala Terla:

Mengakhiri senarai semak ini adalah mengenai dua pekan kecil ini Tringkap dan Kuala Terla. Tahukah anda pekan-pekan kecil ini termasuk Kampung Raja dan Blue Valley ini tidak pernah mendapat pemerhatian pelancong sebelum pembukaan jalan baru Simpang Pulai.



























Tarikan lokasi di sini adalah pusat jualan di Tringkap dengan Ros Valleynya. Sebelum itu, jika anda mengunakan laluan Simpang Pulai atau Gua Musang, Hentian Teh Cameron Valley di Kuala Terla menyambut anda untuk singgah dan menikmati secawan teh serta kek kejunya sambil menghayati pemandangan indah ladang teh sekadar melepas penat memandu ke sini. 

Berhati-hati kerana laluan ini sibuk dengan kenderaan berat serta lasak yang dimiliki oleh pekebun-pekebun sayur dan bunga sekitar pekan-pekan ini termasuklah di Kampung Raja. 

Harapan mrkumai, catatan ringkas ini dapat membantu anda membuat rancangan perjalanan. Anda boleh membuat carian mengenati lokasi-lokasi yang tertera di pelan lokasi ini kerana kebanyakkannya pernah saya kongsikan dalam catatan terdahulu. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.