Thursday, November 15, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Mountain Strawberry Farm

Jika anda mendaki ke Gunung Brinchang menggunakan kereta, anda akan menemui kawasan kebun sayur dan dicelahnya akan menemukan anda dengan Mountain Strawberry Farm yang merupakan kebun strawberry yang tertinggi sekali di Cameron Highlands sekitar 1800 meter dari aras laut. 

Kebun ini diusahakan oleh pengusaha berbangsa India yang menjadikan tanaman strawberry sebagai tanaman utamanya selain sayur-sayuran. 

Mungkin sekadar berehat seketika di sini sebelum meneruskan perjalanan anda samada mendaki atau menuruni jalan ini. 


Juga dijual cenderamata dan pokok hiasan berpasu serta kaktus untuk pilihan anda jika mahu dibawa pulang. 



Cuma semasa kunjungan kami baru-baru ini, cuaca amat panas dan terik menjadikan kami kurang selesa. Kenapa terasa terik? Anda berada semakin tinggi dan semakin dekat dengan matahari. 



Mungkin selebihnya gambar-gambar ini boleh menyambung cerita. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.