Thursday, November 15, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Mossey Forest ..terkini

Mossey Forest telah mempunyai dua catatan terdahulu yang saya kongsikan di sini. Pertama mengenai mossey forest yang dibina untuk menjaga tumbuhan berlumut dan membolehkan lebih ramai pengunjung ke sini tanpa perlu memijak lumut-lumut yang hidup disekitarnya. 


Keduanya, catatan saya mengenai mossey forest ini pula berkisarkan penutupan sementara laluan pejalan kaki untuk kerja menaiktaraf kemudahan yang sedia ada dan menambah laluan pejalan kaki sehingga ke penghujung kawasan berlumut. 

Catatan ketiga ini pula saya muatnaikan gambar-gambar terkini selepas dinaiktarafkan. Antara yang sempat saya perhatikan, laluan dibina semula dengan menukarkan lantai jambatan kayu dari jenis fibre dahulu kepada kayu yang lebih keras. 

Laluan memasuki hutan ini masih lagi curam kerana rekabentuk buminya sebegitu namun tambahan papan tanda ke Hutan ini menjadi pilihan lokasi wajib untuk bergambar. 


Ruang meletak kereta masih lagi sama dan luas untuk menampung jumlah penumpang. Juga kelihatan tapak meletak kereta ini menjadi pilihan kepada pendaki Gunung Brinchang untuk berkhemah seketika.



Manakala penghadang laluanya dipasang 'rail' dengan menggunakan pipe HDPE kecil. Namun bagi saya yang membawa anak kecil masih terasa agak besar jarak antara paras railing yang dipasang. 


Terdapat beberapa buah pondok rehat yang dibina semula dan kalau tak silap ada dua buah pondok rehat tambahan yang dibina. 

Terdapat juga sebuah pelantar tinjau yang dibina khusus untuk melihat pemandangan banjaran gunung yang terhampar dibawahnya. Papan tanda aras ketinggian yang dipasang menjadi bukti kunjungan anda ke altitude yang tinggi ini. 





Bagi anda yang datang ke sini, antara yang menarik dibina adalah petanda arah sempadan antara negeri Pahang dan Perak di mana laluan pejalan kaki ini dibina sepanjang sempadan negeri dan mengikut kesesuaian tapak. Kadangkala anda berada di Negeri Pahang dan adakalanya anda berada di negeri Perak. 



Menerokai laluan tambahan yang disambung sememangnya agak menarik kerana curam dan mempunyai dua laluan pilihan. Mungkin laluan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak dan orang tua tetapi langkah untuk menambah laluan ini harus dipuji kerana anda kini mampu untuk menerokai sepenuhnya laluan berlumut sebelum sampai ke trek pendakian  Gunung Irau.




Pendek kata penambahan laluan dan menaiktaraf ini amat menarik untuk diterokai dan tahniah kepada Pejabat Hutan Negeri Pahang. Cuma kalaulah dibaikpulih semula tanda pengenalan tumbuhan dan sedikit info di pondok rehat akan menjadi lebih menarik untuk diketahui rahsia alam ini.  



Saya sekadar 45 minit di sini bersama keluarga dan rasanya masih belum mencukupi untuk menerokai sepenuhnya. Rasanya akan naik sekali lagi dalam masa terdekat .. cuma mungkin di musim hujan untuk lumut yang lebih hijau bukannya kuning di musim panas... 

2 comments:

  1. Salam en sham, kalau bawak anak umur dalam 3 tahun ke sini boleh ke? ada apa2 risiko tak? Saya bercadang nak bawak mereka bulan 12 ni. Ada apa2 tips?

    ReplyDelete
  2. Saya rasa tiada masalah sebab saya sendiri tengok baby pun di bawa ke sana... cuma kalau hujan tu elakkan sebab licin.

    Juga jgan jauh sangat dengan anak tambahan yang suka berlari...

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.