Wednesday, October 17, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Anthurium

Koleksi seterusnya masih dengan bunga kerana mood bunga ini lebih pula terasa di kala musim hujan di sini. 

Apapun untuk catatan ini saya akan seringkas yang mungkin mengenai bunga Anthurium. 

Jika anda ke sini, anda mungkin akan menyewa apartment percutian di Desa Anthurium di Tanah Rata yang berdekatan dengan Kampung Taman Sedia dan nama Anthurium itu diambil dari sejenis bunga yang mudah didapati di sini. 

Anthurium andraeanum merupakan sejenis bunga dari keluarga Araceae dan genusnya dikatakan melebih 1000 jenis. Mempunyai daun yang sedikit tebal dan tidak besar serta bewarna hijau gelap. Mudah untuk tumbuh secara rumpun dan memanjat. 

Anthurium mempunyai dua jenis iaitu jenis berdaun dan berbunga. Selalunya pilihan kita adalah jenis berbunga dan sering menjadi hiasan tunggal ataupun penyeri kepada jambangan bunga. 

Terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh anda temui di sini antaranya yang selalu saya nampak adalah berwarna merah, putih, kuning, merah jambu, hijau dan juga biru. 

Insyallah kalau saya menemui semula koleksi gambar yang berwarna lain, akan saya masukkan nanti di dalam catatan ini. 

Mudah untuk menanam bunga ini kerana anda hanya perlu memisahkan perdunya untuk membiakkan pokok baru. 

Jika anda membiarkan pokok anthurium ini tumbuh di kawasan lapang, ianya akan lambat membiak tetapi jika berada di pinggiran belukar yang mempunyai kelembapan yang tinggi, ia akan mudah membiak. 

Koleksi gambar anthurium yang akan ditambah jika ada;










Semoga dapat membantu anda mengenali bunga ini. Jika anda mempunyai maklumat lanjut mengenainya, apa kata anda kongsikan di ruangan ulasan catatan ini...  

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.