Bunga pilihan catatan seterusnya adalah bunga dahlia yang mudah dan banyak ditemui ditanam di sekitar Cameron Highlands sebagai penghias laman.
Dikatakan berasal dari Mexico yang turut menjadi bunga kebangsaan bagi negara itu.
Terdapat pelbagai pilihan warna seperti unggu, merah, kuning, putih, merah jambu dan pelbagai lagi warna.
Saya tercari-cari warna biru laut yang pernah dilihat di internet tetapi tidak di Cameron Highlands setakat yang saya temui.
Bunga dahlia ini secara kasarnya amat cantik dengan kelopak daun yang berpilin-pilin malah kalau anda melihat gambar di internet anda akan temui lagi pelbagai bentuk kelopak bunga ini sebenarnya.
Apapun saya tak pasti samada kalau anda tanam di bawah sana boleh menghasilkan bunga segar yang besar saiznya berbanding di Cameron Highlands yang amat sesuai ditanam biarpun sekadar di dalam pasu di anjung rumah. Maklumlah rumah rata-ratanya bertingkat-tingkat sahaja di sini.
Saya mencari-cari carnantion sebenarnya dan sangka saya ini lah bunganya tetapi bila membuat perbandingan di laman internet, kelihat dahlia dan carnantion mempunyai perbezaan di antara keduanya.
Betul ke? Kalau betul atau tak betul, anda boleh buat teguran di ruang ulasan nanti. Saya pun baru nak berjinak-jinak dengan bunga-bungaan di sini...
Saya tak pasti dari sudut botani tetapi sekadar pemerhatian saya bunga carnation mempunyai kelopak bunga yang besar dan lebih berpilin-pilin dengan perbezaan warna bentuk yang kelihatan sama tetapi ada perbezaannya.
Di Cameron Highlands, nama dahlia digunakan oleh salah sebuah apartment atau Villa Dahlia yang terletak bersebelahan dengan Rosa De La Rossa ataupun Padang Golf MDCH.
Insyallah, kalau saya akan menambahkan lagi gambar-gambar bunga dahlia ini nanti.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.