Wednesday, October 3, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bersukan di Cameron Highlands

Seingatan saya, masih belum lagi menulis catatan mengenai bersukan di Cameron Highlands. 

Rasanya belum lagi tapi pernah terlintas untuk menulisnya suatu ketika dahulu cuma tertangguh dengan catatan yang lain terlebih dahulu. 

Apapun bersukan di Cameron Highlands mempunyai kebaikan dan keburukan atau kelebihan dan kelemahan yang tertentu. Ini juga menjanjikan cabaran yang berbeza dan tersendiri untuk anda alaminya sendiri.

Fakta yang perlu anda tahu:
Sebelum kita menjengah satu persatu kegiatan sukan yang boleh dilakukan di sini, saya suka untuk berkongsikan dengan anda fakta berikut:

Fakta Pertama :
Bersuhu purata 16-21 darjah celcius sepanjang hari atau 14-18 darjah celcius pada waktu malam.

Fakta Kedua:
Taburan hujan setahun pada purata 2400-2700 mm atau 60% peratus hari akan hujan.

Fakta ketiga:
Berketinggian sekitar 1300 meter hingga 2000 meter dari paras laut.

Fakta Keempat: 
Permukaan berbukit dan kurang rata. Keadaan jalan berliku dan berbukit.

Di atas bukan fakta yang menakutkan tetapi lebih kepada keistimewaan. Bayangkan anda boleh melakukan aktiviti sukan adan dalam keadaan yang bersuhu dingin dan amat selesa berbanding panas dan merimaskan. 

Mungkin sedikit usaha tambahan diperlukan untuk memanaskan badan dan perlukan juga sedikit pakaian tebal bagi meneruskan aktiviti sukan anda. Bayangkan juga anda boleh memilih samada untuk bersukan pada waktu pagi, tengahari petang atau lewat petang ataupun diwaktu malam tanpa henti.

Cuma , mungkin aktiviti sukan anda lebih mencabar dengan suasana hujan yang boleh datang secara tiba-tiba ataupun berkabus tebal . 

Sukan yang sesuai:
Di sini anda boleh memilih beberapa jenis sukan yang sesuai sejajar dengan kemudahan sukan yang sedia ada seperti:

Bolasepak : Padang Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)

Futsal : Padang Futsal Majlis Dearah Cameron Highlands. Habu, Kampung Raja

Badminton: Dewan Tengkolok atau Dewan Sekolah Menengah Ahmad Shah atau Dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Brinchang

Bola Keranjang: Padang Terbuka Majlis Daerah Cameron Highlands atau Gelanggang  Lembah Bertam, Gelanggang Ringlet, Gelanggang Tringkap

Sepak Takraw: Gelanggang Terbuka MDCH , 

Tenis : Gelanggang Tenis MDCH- sebelah Perpustakaan, Kampung Raja, Kemudahan Sukan Hospital

Golf : Padang Golf MDCH.. catatanya di sini..klik

Kemudahan sukan ini boleh disewa melalui pihak pengurusannya dan Insyallah akan saya perincikan nombor perhubungan mereka kelak. Ataupun anda boleh memanjangkan pertanyaan anda mengenai kemudahan sukan ini kepada pejabat Majlis Daerah Cameron Highlands atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah untuk lebih terperinci dan mungkin mendapatkan bantuan mereka jika anda ingin menganjurkan aktiviti sukan yang lebih baik.

Untuk rekod, Padang MDCH buat masa ini ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan dan keadaan padangnya.  

Cabaran Sukan Ekstreem:

Berbasikal Bukit:
Selain itu anda boleh juga berbasikal bukit yang kian mendapat sambutan hangat di sini, cuma harus diingat fakta ke Empat... laluannya berliku dan berbukit-bukit. Pastinya lebih perit untuk menamatkan kayuhan anda dan pastinya bukan pilihan yang baik untuk mereka yang ingin bersantai.

Kembara Denai:
Saya juga pernah membuat catatan mengenai denai kembara sebelum ini. Anda boleh membuat carian tersebut di ruang carian yang disediakan. Hanya perlu memilih tahap cabaran yang bersesuaian dengan anda.

Anda juga sebenarnya boleh sekadar untuk berjogging atau berjalan kaki di sekitar pekan-pekan di sini yang berdekatan dengan hotel anda pada awal pagi atau petang dengan selesanya.

Catatan Kembara Denai: Klik

Mendaki Gunung:
Anda boleh juga mendaki puncak-puncak gunung yang terdapat sekitar daerah ini. Cabaran mendaki gunung ini sebenarnya amat mencabar dan memerlukan persediaan rapi terlebih dahulu terutamanya melibatkan stamina pendaki. Beberapa catatan mengenainya juga saya muatnaikan terdahulu. 

Catatan Mendaki Gunung Brinchang.. klik
Catatan cabaran gunung ganang.. Klik

Pastinya bersukan di sini menjanjikan perbezaan yang nyata berbanding bersukan di bahagian bawah sana. Apapun semuanya perlu dicuba untuk mengiyakan pendapat saya ini... ada berani?

Insyallah akan saya masukkan gambar aktiviti sukan yang pernah saya rakamkan di sekitar Cameron Highlands... sedang menjejaki simpanan...  

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.