Saya mendapati ianya unik untuk dikongsikan secara lebih terperinci biarpun koleksi gambar reka bentuk rumah Orang Asli dan info mengenainya agak terhad dalam simpanan saya tetapi memandangkan bukan semua orang berpeluang ke kampung-kampung terpencil ini, rasanya cukup sebagai pengenalan.
Insyallah akan ditambah dari masa ke semasa. Mana tahu sempat ke sana semula kelak.
Insyallah akan ditambah dari masa ke semasa. Mana tahu sempat ke sana semula kelak.
Pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa jenis model rumah mereka bergantung kepada lokasi.
Bagi rekabentuk asalnya, masih berdindingkan buluh, berlantaikan juga buluh dan bumbungnya dari daun rembia yang dianyam rapat.
Manakala bahagian dalaman pula hanya terdapat sebuah ruang utama yang juga merupakan ruang tidur di waktu malam.
Manakala bahagian dalaman pula hanya terdapat sebuah ruang utama yang juga merupakan ruang tidur di waktu malam.
Ada yang membina dapur disebelah belakang dan kebiasaanya tiada bilik air yang bersambungan dengan rumah ini. Malah kebanyakan rumah juga tidak mempunyai bilik air yang bersebelahan dengan rumah sebaliknya perlu berjalan ke punca air.
Tetapi ini bukan semua. Kemudahan bekalan air telah sampai ke perkampungan mereka ataupun diambil dari sumber air yang terletak dibahagian atas lokasi kampung mereka.
Tetapi ini bukan semua. Kemudahan bekalan air telah sampai ke perkampungan mereka ataupun diambil dari sumber air yang terletak dibahagian atas lokasi kampung mereka.
Di ruang utama, terdapat tempat khas yang beralaskan zink dan pasir untuk dinyalakan unggun api di waktu malam untuk menghanngatkan ruang dan menghalau nyamuk.
Asap-asap yang terhasil akan keluar melalui celahan lantai dan dinding yang jarang. Manakala dibahagian atas saya mendapati mereka meletakan bahan makanan dan peralatan yang lain.
Asap-asap yang terhasil akan keluar melalui celahan lantai dan dinding yang jarang. Manakala dibahagian atas saya mendapati mereka meletakan bahan makanan dan peralatan yang lain.
Selain itu juga udara dapat bergerak masuk dan keluar melalui celahan dinding dan lantai ini menjadikan suasana di dalamnya agak sejuk ketika siang dan apatah lagi di waktu malam.
Usia rumah ada yang menjangkau 10-15 tahun bergantung kepada ketahanan buluh dan biasanya atap rembia akan digantikan dalam tempoh 2 atau tiga kali setahun mengikut keadaan.
Dinding rumah yang diperbuat dari buluh yang dikeringkan sebelum diketuk untuk mendapatkan ianya lapisan yang leper tetapi masih bersambungan sebelum dipasangan secara bersebelahan dengan kepingan yang lain.
Manakala lantainya pula ada dari jenis buluh besar yang dipotong dan diraut rapi sebelum diikat rapat satu persatu. Lapisan lantai ini kemudiaan disusun secara bersebelahan juga dan biasanya akan terdapat ruang-ruang kecil diantaranya.
Struktur utama seperti tiang, alang lantai dan bumbung serta kekudanya diperbuat dari kayu hutan yang keras samada jati, cengal ataupun nyatoh untuk tujuan bertahan lebih lama dan tidak dimakan oleh anai-anai.
Ada yang membina rumah tradisional ini dibahagian tanah yang rata dan ada yang membinanya di bahagian cerun bukit mengikut lokasi yang sesuai di perkampungan mereka.
Sedikit perubahan berlaku kepada rumah tradisional ini yang jelas boleh dilihat iaitu atap zink sudah digunakan untuk mengantikan atap rembia yang tidak tahan lama dan perlu kerap ditukar.
Namun bukan semuanya gemar kepada jenis atap yang baru ini kerana mendatangkan haba panas dari pancaran matahari.
Luas rumah biasanya mengikut pemiliknya samada berkeluarga besar ataupun sebaliknya.
Ada yang menyambung rumah apabila bilangan ahli keluarga bertambah dan berusia remaja khasnya anak perempuan.
Ada yang menyambung rumah apabila bilangan ahli keluarga bertambah dan berusia remaja khasnya anak perempuan.
Bagi mereka yang sudah berkahwin, biasanya sebuah rumah baru akan dibina bersebelahan rumah ibu bapa mereka secara gotong royong.
Kerajaan sentiasa membantu menaiktaraf kediaman orang asli ini melalui pembinaan rumah baru yang lebih moden dan lebih tahan lama serta amat selesa secara percuma. Ratusan rumah baru dibina secara berkala setiap tahun bagi mengantikan rumah asal ini.
Untuk seterusnya gambar koleksi rumah orang asli yang dalam simpanan saya...
Ada yang menghantar email memohon bantuan saya untuk bersama-sama ke penempatan orang asli untuk tujuan penyelidikan. Maaf saya dahulukan kerana saya pun kurang arif ke sana.
Anda boleh mendapatkan maklumat dan bantuan secara terperinci mengenai penempatan Orang Asli ini melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Cameron Highlands.
Untuk penyelidikan dan kajian anda memerlukan kebenaran khusus dan terdapat borang permohonan yang disediakan untuk diisi dan diajukan.
Semoga catatan ini membantu anda jika ingin menyelami cara hidup mereka. Agen-agen perlancongan tempatan menyediakan pakej kembara harian istimewa untuk mendekati kehidupan mereka ini.
Cuma saya ternanti-nantikan pakej homestay jika ada dipekenalkan kepada pelancong dengan penginapan dan aktiviti yang berteraskan budaya hidup masyarakat istimewa ini.
Tidak rugi anda mencubanya...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.