Bercerita mengenai Masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands, antara yang menarik untuk ditatap adalah wajah-wajah mereka yang begitu unik dengan tekstur wajah yang berbeza dengan kita.
Baik mata, kulit muka, warna, telinga, rambut dan susuk tubuh kelihatan sedikit berbeza dengan kita yang berbangsa Melayu apatah lagi kaum yang lain.
Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yanag unik dan tersendiri yang sukar untuk menolak gelojak hati untuk tidak merakamkan wajah-wajah istimewa ini.
Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yanag unik dan tersendiri yang sukar untuk menolak gelojak hati untuk tidak merakamkan wajah-wajah istimewa ini.
Untuk catatan seterusnya mengenai masyarakat yang istimewa ini, akan cuba saya kongsikan koleksi wajah-wajah mereka yang pernah saya temui dan berkesempatan merakamkan sendiri semasa berada di Cameron Highlands.
Ada diantara mereka yang saya kenali dan ada yang tidak dan diambil secara jauh.
Cuma kualiti gambar agak biasa tanpa seperti profesional di luar sana.
Saya juga ingin berkongsikan sedikit maklumat mengenai sejarah masyarakat Orang Asli yang terdapat di Malaysia dari beberapa sumber carian di Internet.
Jangan tak KLIK ....
Selebihnya gambar-gambar Masyarakat Orang Asli yang pernah saya rakamkan..
Ada diantara mereka yang saya kenali dan ada yang tidak dan diambil secara jauh.
Cuma kualiti gambar agak biasa tanpa seperti profesional di luar sana.
Saya juga ingin berkongsikan sedikit maklumat mengenai sejarah masyarakat Orang Asli yang terdapat di Malaysia dari beberapa sumber carian di Internet.
" Orang Asli adalah merupakan penghuni awal Semenanjung Tanah Melayu dan kini dikenali sebagai warga pribumi Malaysia. Petempatan mereka boleh ditemui di seluruh negeri Semenanjung kecuali di Negeri Perlis dan Pulau Pinang (lihat Peta 1).
Pada 2010 JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah melaporkan jumlah penduduk Orang Asli telah meningkat kepada 178,197 orang.daripada 141,230 pada tahun 2006.
Umumnya komuniti Orang Asli ini adalah terdiri daripada tiga kelompok kaum yang dikenali sebagai Negrito, Senoi dan Melayu Asli/Melayu Proto.
Di antara ketiga-tiga kaum itu, kelompok Negrito lah yang paling kecil bilangannya dan terdiri daripada 5,009 orang sahaja, diikuti kelompok Melayu Asli yang berjumlah 75,332 orang dan kelompok Senoi berjumlah 97,856 orang.
Setiap satu kelompok kaum ini pula terbahagi kepada 6 kelompok etnik, menjadikan sejumlah 18 buah kelompok etnik Orang Asli semuannya.
Jadual 2 di bawah menunjukkan kelompok-kelompok etnik tersebut.
Jadual 1 : Bilangan Penduduk Orang Asli Mengikut Negeri Dan Kaum Utama
Sumber : Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (2010).
NEGERI NEGRITO SENOI MELAYU ASLI JUMLAH Pahang 925 29,439 37,142 67,506 Perak 2,413 50,281 605 53,299 Kedah 251 19 0 270 Selangor 3 5,073 12,511 17,587 Kelantan 1,381 12,047 29 13,457 Terengganu 34 818 41 893 N.Sembilan - 96 10,435 10,531 Melaka 1 28 1,486 1,515 Johor 1 55 13,083 13,139 Jumlah 5,009 97,856 75,332 178,197
Jadual 2 : Kelompok Etnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai suku etnik Orang Asli di atas, saya amat-amat menyarankan anda mengKLIK di SINI untuk ke paparan PDF Buku Imbasan Emas yang sungguh menarik dengan maklumat bergambar berkenaan setiap etnik dan budaya mereka.
SENOI MELAYU-PROTO NEGRITO Semai Temuan Kensiu Temiar Semelai Kintak Jahut Jakun Jahai Che Wong Kanaq Lanoh Mah Meri Orang Kuala Mendriq Semoq Beri Orang Seletar Bateq
Jangan tak KLIK ....
Selebihnya gambar-gambar Masyarakat Orang Asli yang pernah saya rakamkan..
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTuan,
mohon kebenaran utk guna foto di catatan ini untuk tujuan komersial.
Terima kasih.
FB - AIDIL AZIM
HP - 017 931 4167
OK aje.. asalkan niat atau motifnya bukan memperlecehkan, mengaibkan dan meperkecilkan mereka, saya tak ada masalah..
ReplyDeletekalau siap tu kongsikan la.. boleh saya bagi tau mereka. ada yangs aya kenal...