Monday, July 23, 2012

Peristiwa : Majlis Berbuka Puasa bersama pekerja Bangladesh

Ini adalah koleksi gambar berbuka puasa tahun lepas di mana majlis berbuka dengan 38 pekerja Bangladesh kami.
Majlis ini memang saje dirancang dan diadakan dengan cara mereka sendiri baik dari penyediaan tempat, makanan dan sembahnyang Terawih yang diamalkan oleh mereka. Memandangkan mereka ini jauh merantau ke negeri orang malah bukan baru setahun dua tetapi ada yang telah menjangkau 8 tahun tidak pulang ke sana.

Kami hanya menyediakan sedikit peruntukan bahan basah seperti ayam dan lauk-lauk yang lain. Manakala mereka pula menyediakan menu berbuka puasa ala Bangladesh yang tidak asing lagi bagi mereka seperti ayam masala, nasi briani, roti madu dan beberapa lagi juadah yang dah tak ingat maklumlah dah masuk setahun.


Majlis berlangsung seawal 2.30 petang dengan beberapa pekerja yang veteran atau senior mula memasak lauk pauk juadah. Masa memasak ini, lebih baik anda jangan lihat sepenuhnya sebab tahu sahajalah bukan mementingkan sangat kebersihan tetapi sekadar ala kadar 'Bangla'. Baru melekat air tangannya dalam menu tersebut.

Selepas asar pula makanan hampir siap dan nasi beriani juga sudah mula ditanak. Untuk peralatan memasak, Masjid Sultan Abu Bakar sudi meminjamkan peralatan.

Ketika menjelang Maghrib, mulalah ruang pejabat dibersihkan dan hamparan kertas putih disusun sebagai tikar untuk makan. Serba ringkas dan sedikit tambahan juadah tempatan ala 'MALAYSIA' yang dibeli dicampurkan bersama menu Bangladesh ini.

Waktu berbuka didahuli dengan laungan Azan yang jelas berbunyi alunan Bangladesh dan dimulai dengan makanan kurma, limau dan satu jenis juadah ringan yang saya terlupa namanya.

Solat Mahgrib ditunaikan dan kemudian menu berat seperti Nasi Beriani Masala Ayam mula menjadi santapan semua. Pemerhatian kami, juadah tambahan kuih muih Malaysia tidak mendapat sambutan.


Tahun ini Insyallah akan dilangsungkan juga majlis yang serupa tetapi lebih berwarna adatnya kerana kini kami mempunyai 18 pekerja Indonesia yang berasal dari Kepulauan Jawa. 

Jadi tahun ini ada pertembungan 3 budaya... Malaysia... Indonesia dan Bangladesh.... Tunggu catatan saya seterusnya.. tetapi bila ya nak buat majlis ini..... 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.