Pernah dengar mengenai Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Ganda di Lanchang, Pahang? Insyaallah saya akan kongsikan kisahnya ketika kunjungan keluarga saya ke sana dua minggu yang lalu.
Kunjungan kami ke pusat ini sebenarnya secaraa kebetulan apabila balik dari Felda Kumai ke Cameron Highlands melalui jalan pintas , Lanchang - Felda Bukit Damar- Felda Lakum- Felda Mempaga terus ke laluan Bentong Raub.
Jika anda dari Kuala Lumpur, jalan yang termudah adalah menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur dan keluar persimpangan Lanchang. Dari sini terdapat papan tanda arah yang sangat jelas untuk sampai ke Pusat Gajah ini. Insyaallah tidak akan tersesat cuma jalannya sedikit kecil.
Apabila anda sampai ke sini, tempat letak keretanya memang luas dan mudah. Saya meletak kereta berhampiran dengan pintu masuk di jambatan tetapi pengawal keselamatan mengarahkan untuk mendapatkan pas lawatan di komplek pintu masuk dan sebenarnya tidak rugi kerana terdapat banyak bahan pameran untuk anda lihat di sini.
Mendaftar di sini agak panjang urusannya kerana anda perlu mendaftar setiap ahli rombongan anda dan membuat pengakuan tanggungan keselamatan diri dan ahli rombongan adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Ini mungkin kerana konsep lawatan anda nanti adalah terbuka dan anda boleh berada rapat dengan gajah-gajah berbanding jika lawatan anda ke zoo yang lebih kepada kandang.
Anda akan diberi salah satu pelekat samada kuning ataupun merah. Kuning membolehkan anda menyertai semua aktiviti bersama gajah khasnya menunggang gajah dan mandi bersama gajah manakala merah hanya untuk melihat pertunjukan gajah tetapi boleh mandi bersama gajah juga. Difahamkan hanya 100 pengunjung pertama akan diberikan sticker pas berwarna kuning.
Ok. Saya ingin pendekkan mengenai lawatan kami ke sini yang sekadar menjengah ke sini. Untuk anda , waktu lawatan terbaik adalah pada pukul 2 petang kerana semua acara pertunjukan hanya bermula waktu ini.
Aktiviti Memberi Makan Anak Gajah;
Bermain dengan anak gajah |
Cuma hati-hati dengan anak-anak anda supaya anda peka dengan tindakan gajah yang boleh menarik tangan anak anda. Terdapat 'mahut' atau penjaga gajah yang bertugas.
Cuma kalau dari pukul 11 pagi lagi mereka telah kenyang jadi sikap memilih makanan amat jelas namun masih seronok kerana anda akan dapat menyentuh belalai gajah.
Aktiviti Mahut memandikan gajah;
gajah dimandikan oleh mahud |
Pada pukul 2 petang, acara utama akan dimulakan dan amat ditunggu-tunggu oleh pengunjung.
Gajah-gajah dewasa akan dibawa keluar dari kandang ke sungai berhampiran untuk dimandikan bersama penjaga mereka.
Ini sebenarnya membersihkan badan gajah-gajah ini untuk acara menunggang gajah nanti dan juga menyejukan badan gajah-gajah ini supaya tidak panas dan kurang ragamnya semasa aktiviti bersama pengunjung.
Menariknya anda akan melihat bagaimana kemesraan gajah-gajah dewasa yang berusia 10 tahun hingga 40 tahun ini bersama penjaga mereka ketika mandi. Gajah-gajah ini akan menyelam, baring dan menyembur air ke badan masing-masing bersama penjaga gajah mereka.
Aktiviti Pertunjukan Gajah;
aksi si gergasi |
Selepas gajah-gajah dimandikan, pertunjukan gajah di pentas utama dimulakan dimana gajah-gajah ini diperkenalkan nama dan latarbelakangnya seperti asal usul diperolehi.
Terdapat gajah yang dibawa dari Laos dan selebihnya dari seluruh negara hasil dari operasi tangkapan kerana menceroboh kawasan kampung dan ladang.
Nama-nama mereka selalunya diberi atas lokasi ditangkap seperti Chali dari Lebir Kelantan, Siput dari Sungai Siput, Neram dari Felda Neram dan banyak lagi.
Ketika diperkenalkan mereka akan menunjukan aksi-aksi ringkas seperti cara baring, berdiri sebelah kaki, duduk dan menyembur air kepada pengunjung.
Aktiviti Menunggang Gajah:
Selepas aktiviti persembahan gajah, acara yang juga mendapat tumpuan ramai adalah menunggang gajah. Malangnya bukan semua berpeluang menunggang haiwan ini kerana dihadkan kepada pemegang pas pelekat berwarna kuning sahaja dan difahamkan kepada 100 pengunjung terawal sahaja.
Biarpun hanya satu pusingan kecil tetapi saya pasti pengalamannya amat berlainan sekali dan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan berada di sini.
Aktiviti Bergambar dengan Gajah:
Selepas aktiviti menunggang gajah, anda diberik kesempatan untuk bergambar bersama gajah secara percuma dan anda boleh menyentuh belalainya, telinganya dan berada di samping gajah-gajah ini.
Aktiviti Mandi Bersama Gajah.
Rasa-rasanya inilah aktiviti yang amat popular di sini dan menjadi tarikan utama bagi pengunjung yang datang ke sini . Memang jika dilihat sambutannya amat mengalakkan terutama bagi pelancong asing.
Cuma kalau melihat iklan, anda akan dibawa diatas gajah ke dalam sungai sebelum gajah merebahkan dirinya untuk menjatuhkan anda tetapi semasa kunjungan kami mungkin kerana jumlah pengunjung yang ramai, mereka diberi peluang untuk duduk dan ramai-ramai akan mengocak air ke badan pengunjung tersebut. Masih menarik untuk diikuti pengalaman ini.
Kalau ikutkan hanya mereka yang berpelekat kuning dibenarkan tetapi sebenarnya diberi peluang kepada mereka yang ingin serta tanpa had.
Selain itu terdapat papan-papan info yang diletak di serata tempat mengenai gajah dan agak menarik sebenarnya maklumat ini semuanya. Sambil-sambil menunggu pertunjukan gajah, anda boleh membaca ilmu mengenai gajah.
Juga kalau mengikut pamplet terdapat tayangan video mengenai gajah dan pemuliharaan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyelamatkan gajah. Cuma semasa kunjungan kami ini, tidak berkesempatan kerana mengejar waktu perjalanan yang lain.
Ternyata kunjungan ke pusat ini amat berbaloi. Anda akan mengalami pengalaman dan suasana yang berbeza jika berada disini untuk mengenali gajah dan persekitarannya.
Aktiviti Menunggang Gajah:
menunggang gajah |
Biarpun hanya satu pusingan kecil tetapi saya pasti pengalamannya amat berlainan sekali dan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan berada di sini.
Aktiviti Bergambar dengan Gajah:
Bergambar bersama gajah |
Selepas aktiviti menunggang gajah, anda diberik kesempatan untuk bergambar bersama gajah secara percuma dan anda boleh menyentuh belalainya, telinganya dan berada di samping gajah-gajah ini.
Aktiviti Mandi Bersama Gajah.
Rasa-rasanya inilah aktiviti yang amat popular di sini dan menjadi tarikan utama bagi pengunjung yang datang ke sini . Memang jika dilihat sambutannya amat mengalakkan terutama bagi pelancong asing.
Mandi bersama gajah |
Kalau ikutkan hanya mereka yang berpelekat kuning dibenarkan tetapi sebenarnya diberi peluang kepada mereka yang ingin serta tanpa had.
Selain itu terdapat papan-papan info yang diletak di serata tempat mengenai gajah dan agak menarik sebenarnya maklumat ini semuanya. Sambil-sambil menunggu pertunjukan gajah, anda boleh membaca ilmu mengenai gajah.
Info mengenai gajah |
Ternyata kunjungan ke pusat ini amat berbaloi. Anda akan mengalami pengalaman dan suasana yang berbeza jika berada disini untuk mengenali gajah dan persekitarannya.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.