Tuesday, April 17, 2012

Tip Melawat Cameron Highlands: Kelab Golf Sultan Ahmad Shah

Saya tidak pasti samada ada ke tidak pemain golf samada amatur, profesional ataupun yang berhajat nak main yang akan membaca catatan kali ini. Tetapi ingin saya kongsikan sedikit mengenai kemudahan di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands untuk anda yang mungkin datang bercuti dan ingin bermain golf di sini.

Fakta pertama: Anda akan bermain di padang golf yang dibina seawal 1930  dan siap pada 1934 yang dibangunkan sepenuhnya menggunakan tenaga buruh. 
Asalnya dikatakan lokasi padang golf ini sebenarnya adalah untuk landasan kapal terbang tetapi kerana permintaan hangat golongan Eropah yang ketika itu inginkan suasana sejuk untuk bermain golf, maka padang golf menjadi pilihan. Terdapat sudut sejarah di sini. 

Fakta kedua: Anda akan bermain di padang golf  yang berada di ketinggian tertinggi di Malaysia iaitu sekitar 2100 meter dari paras laut.  Padang golf dibukit Fraser berada di ketinggian 1524 meter  dari aras laut manakala Genting Highlands iaitu Awana Golf pula di bawah kaki bukitnya iaitu sekitar 1700 meter dari aras laut. 



Fakta ketiga: Anda akan bermain di padang golf tanpa kemudahan buggy dan perlu berjalan untuk menamatkan permainan samada 9 atau 18 lubang.  


Tetapi jika melihatkan cuaca harian, anda pasti mampu untuk bermain 36 lubang kerana tidak terasa penatnya. 

Namun anda perlu bersedia dengan perubahan cuaca yang mungkin hujan dipertengahan permainan.
Fakta keempat; Anda masih lagi berpeluang bermain di padang golf berumputkan 'cow grass' sehingga tahun depan di mana kerja-kerja menaik taraf padang golf sedang giat dilakukan dengan perubahan jenis rumput iaitu Bermuda. 

Namun buat masa ini hanya dibuka 9 lubang kedua sahaja untuk permainan golf kerana 9 lubang yang pertama dalam proses dinaik taraf.  
Fakta kelima; anda masih berpeluang merasai keadaan kedudukan lubang yang lama sehinggalah penghujung tahun ini kerana kerja-kerja menaik taraf padang golf ini juga melibatkan perubahan arah permainan di padang golf ini. 


Maaf saya lupa istilahnya maklumlah tidak pernah bermain golf. Fairway? Runway? entahlah .. 

Fakta keenam; anda boleh merasai permainan golf dengan harga yang amat murah dan saya dimaklumkan kemungkinan yuran keahlian kelab golf ini antara yang termurah. Kadar harianya pula antara pada hari biasa adalah RM 52.50 dan selepas jam 5 petang RM 26.25 manakala bagi hujung minggu kadarnya RM 84 dan RM 42  selepas jam 5.  Bagi warga emas iaitu 56 tahun keatas kadarnya dikurangkan kepada RM 42 hari biasa dan RM 63 pada hari minggu.
Fakta ketujuh adalah jika anda ingin merasai pengalaman ber'kaddy'kan remaja Orang Asli, maka di sinilah tempatnya dan jangan terperanjat jika kaddy ini sendiri akan memberi nasihat pemilihan kayu golf dan arahnya untuk anda membuat pukulan.
Jika anda bukan pemain golf, Golf Cafe juga di buka untuk kunjungan awam dan menyediakan menu tempatan dan ala barat. 
Malah waktu malamnya ditawarkan steamboat sebagai pilihan menunya. Menikmati makanan disini dengan pemandangan padang golf amat mengujakan.
Aman dan tenteram rasanya cuma bila golfer tamat bermain mungkin sedikit riuh. 
Apapun Padang Golf yang diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Daerah Cameron Highlands ini amat selesa untuk anda malah bangunan kelab yang baru siap dibina tahun lepas ini ternyata memberi keselesaan berganda kepada anda. 

Malah terdapat kemudahan kedai peralatan golf, dewan mesyuarat yang boleh memuatkan 100 orang dan juga lounge . Kemudahan untuk latihan pukulan ( tolong!!! saya terlupa istilahnya) hanya dibuka selepas pukul 6 petang. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.