Wednesday, April 18, 2012

Info Tani : Capsicum atau lada banggala

Capsicum ataupun lebih dikenali dengan panggilan lada bengala di kalangan kita merupakan salah satu dari famili cili. Di Eropah ianya dikenali sebagai bell pepper manakala Australia dan New Zeland memanggilnya sebagai Capsicum. 


Capsicum dikatakan berasal dari kawasan pendalaman Mexico sebelum dibawa ke negara Sepanyol seawal 1493 yang kemudian disebarkan ke seluruh Eropah. 

Malaysia, capsicum mungkin sesuatu yang bukan sayur utama tetapi kian mendapat sambutan. 

Selalunya terdapat 3 variasi warna yang menjadi pilihan iaitu Merah, kuning dan hijau atau istilahnya lampu isyarat. 

Tanaman capsicum merupakan sesuatu yang agak rumit sebenarnya kerana terdedah kepada penyakit. Semusim pengeluaran biasanya mengambil masa sekitar 8 bulan bergantung kepada keadaan pokok.

Biasanya varieti dari Holland menjadi pilihan petani khasnya variety musim panas. 

Untuk mendapatkan capsicum berwarna hijau, petani boleh menamam samada  variati kuning ataupun merah tetapi menuainya terlebih awal sebelum bertukar warna.

Tetapi harga pasaran yang agak stabil dan sederhana tinggi di samping permintaan yang berterusan dikalangan pengguna menjadikan ianya sebagai tanaman yang juga popular selain tomato di Cameron Highlands. 

Capsicum mampu bertahan sehingga 10 hari selepas dituai dengan anggaran berat sekitar 150-200 gram sebiji manakala sepokok capsicum dijangkakan mampu memberi hasil sekitar 8 kilogram semusim. 

Capsicum boleh ditanam secara terus di atas tanah ataupun menggunakan polybag yang bermediakan serbuk  kelapa dan juga boleh ditanam secara terbuka ataupun didalam rumah plastik. 

Harga di pasaran bagi sekilogram capsicum kuning adalah sekitar RM 7-12, merah sekitar RM 6-10 dan hijau sekitar RM 4-8 bergantung kepada musim pengeluaran dan permintaan.

Jika anda berada di Cameron Highlands, saya kurang pasti di mana anda boleh melihat kebun ini secara langsung kerana kurang di paparkan sebagai tanaman yang menarik pelancong selain strawberry dan bunga-bungaan. 

Namun untuk anda membeli capsicum, anda boleh pergi ke mana-mana sahaja pusat jualan khasnya di Kea Farm dan Sungei Palas ataupun di pasar malam di Brinchang. 


Semoga maklumat ringkas ini mampu menarik minat anda melayari laman web yang lain untuk mengetahu secara lebih terperinci mengenai tanaman ini.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.