Monday, April 9, 2012

Catatan Perjalanan ; Mumbai ...Love

Catatan seterusnya masih lagi berlegar di India dan kalau dahulu mengenai Bangalore, Karnataka tetapi untuk catatan ini saya panjangkan kisah di Mumbai, Maharasta yang juga ketika lawatan kerja ke sana sekitar 2010. 

Ketika kunjungan ini, saya masih segar dengan kisah filem yang popular ketika itu iaitu Slumdog Millionarie yang kisahnya berlatarkan realiti kehidupan kanak-kanak miskin setinggan di Mumbai.

Malah saya sempat melihat pemandangan rumah setinggan itu melalui lebuhraya dan juga jendela kapal terbang.
Kerana Mumbai juga terkenal dengan industri perfileman Hindi kebih terkenal dengan jolokan Bollywood. Namun batasan waktu menyebabkan kami tidak berkesempatan ke sana kerana perlu menaiki pesawat untuk ke sebuah daerah yang terletak 534 km jauhnya jika melalui jalan darat iaitu Jalgoan.

Namun kisah lakonannya tidak perlu melangkau jauh kerana dimana-mana sudut sekalipun dibandar ini akan terdapat lakonan hidup yang hampir menyamai kisah filemnya. Kemelaratan, percintaan, perjuangan dan pelbagai lagi terangkum di depan mata tanpa perlu layar perak. 
Untuk catatan di Mumbai, saya lebih gemar untuk membahagikan kepada beberapa siri dan untuk yang pertama saya ingin berkongsikan gambar bertemakan "Love in Mumbai". Gambar-gambar yang saya rakamkan secara kandid di beberapa lokasi seperti India Gateway, Pantai berdekatan dengan Masjd Ali dan pasar di jalan Chhabildashroad. 

Cuma kerana dah dekat dengan Bollywood ni mood gambar pun nak buat ala-ala movie atau kesan sinema sikit ... Ok koleksi pertama.. Love in Mumbai.. 




Sekadar suka-suka sahaja tanpa sebarang niat. Gambar saya ambil dengan lens 70-300 mm untuk mengelakkan kena marah.. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.