Monday, April 9, 2012

Catatan Perjalanan; Ajanta Temple

Catatan perjalanan seterusnya masih di Bumi India dan sungguh aku akui langsung tidak mengetahui akan kewujudan temple atau Kuil Ajanta atau kuil Budha ini sehinggalah semasa dalam perjalanan ke Aurangabad dari Jalgoan, kami berhenti untuk makan tengahari di sini oleh pemandu kami. 
Bila membaca semula sejarahnya memang unik sedikit kerana kewujudannya yang dikatakan bermula seawal Kurun kedua di mana kerja-kerja mengukir batu-batu pejal ini dilakukan oleh kerajaan ketika itu sehinggalah ianya dikatakan ditinggalkan begitu sahaja. 

Hanya pada 28 April 1819, seorang Pegawai British, John Smith secara kebetulan ternampak sebuah pintu gua dari puncak bukit ketika memburu harimau dan susulan penemuan itu beliau telah menemui kompleks gua yang terbiar ini. Sejak dari itu, gua ini dibersihkan dan diperbaiki sehinggalah menjadi tapak warisan dunia oleh Unesco pada tahun 1983.

Saya sekadar nak berkongsi gambar yang diambil ketika lawatan singkat sekitar satu jam di sini tanpa mempunyai niat untuk membesar-besar monumen agama ataupun budaya masyarakatnya. Eloklah kepada anda untuk mengambil maklum mengenai sejarahnya dan bagi mereka yang beragama Budha pasti ingin melawatnya pula. Saya lebih tertarik kepada keunikan senibinanya tanpa mengetahui kisah-kisah mengenai lukisan, bentuk gua dan ukiran yang lain. 

Untuk maklumat sejarahnya aku memetik dari laman UNESCO  ini dan meringkaskan seperti dibawah:
"The first Buddhist cave monuments at Ajanta date from the 2nd and 1st centuries B.C. During the Gupta period (5th and 6th centuries A.D.), many more richly decorated caves were added to the original group.
The paintings and sculptures of Ajanta, considered masterpieces of Buddhist religious art, have had a considerable artistic influence.
The caves are situated 100 km north-east of Ellora, 104 km from Aurangabad and 52 km from Jalgaon Railway Station. They are cut into the volcanic lava of the Deccan in the forest ravines of the Sahyadri Hills and are set in beautiful sylvan surroundings.
These magnificent caves containing carvings that depict the life of Buddha, and their carvings and sculptures are considered to be the beginning of classical Indian art.
The 29 caves were excavated beginning around 200 BC, but they were abandoned in AD 650 in favour of Ellora. Five of the caves were temples and 24 were monasteries, thought to have been occupied by some 200 monks and artisans. The Ajanta Caves were gradually forgotten until their 'rediscovery' by a British tiger-hunting party in 1819." 
Terdapat 29 buah gua atau temple yang boleh anda kunjungi satu persatu melainkan ditutup kerja-kerja pemuliharaan . Namun saya tidak beberapa ingat berapa bayaran masuk bagi pelancong asing yang dikenakan. 
Ketika sampai di pusat pelancongan dibahagian depanya, anda dikehendaki meletakan kenderaan dan disini terdapat pusat jualan cenderamata dan gerai makanan serta minuman. 
Dari sini, semua pengunjung diwajibkan menaiki bas yang disediakan untuk ke kaki bukit dan hanya mengambil masa sekitar 10 minit perjalanan. 
Di pintu masuk ini, anda perlu mendapatkan tiket masuk dan semasa didalam komplek ini tiada kaunter masuk kecuali akan ada pegawai yang akan memeriksa tiket anda bila-bila masa sahaja.
Kedai makan di sini lebih seperti restoran dan lebih selesa tetapi saya tidak mengambil makanan kerana berpuasa di bulan Ramdhan dan hanya rakan yang bukan beragama Islam sahaja menikmati makan tengaharinya.
Antara temple yang saya ingat adalah temple no 1 yang mempunyai tiang berbentuk roman dan ruang dalamannya disimbah cahaya yang membuatkan ruangan dalaman yang gelap menarik untuk dilihat malah usia lukisan di dinding dan syilingnya dikatakan yang terawal di India. 

Manakala koleksi gua yang lain menampilkan pelbagai kisah dan dongeng yang diceritkan oleh pemandu pelancong kami. Sungguh saya perlu akui langsung tidak memahami kisahnya dan tumpuan saya pula lebih kepada mengambil gambar di serata kompleks ini secapat yang mungkin kerana halangan masa mengejar jadual penerbangan.  
Selebihnya gambar-gambar yang saya ambil ini menceritakan sedikit sebanyak mengenai Ajanta Temple. Untuk anda lebih memahami faktanya, anda boleh membuat carian di Internet. Klik gambar untuk imej yang lebih besar: 

 
 
 
 




  
  

Bagaimana untuk sampai ke sini? Dari Mumbai anda boleh memilih perjalanan darat ataupun menaiki pesawat terus Aurangabab. Saya mengesyorkan anda untuk menaiki pesawat kerana anda boleh tiba awal dan perlu melalui perjalanan sejauh 95 km dari Auragabab ke sini. 

Di sini saya perhatikan tiada hotel dan sekitarnya juga adalah kawasan kampung pendalaman. Namun ketika lawatan kami terdapat sebuah kompleks perlancongan yang sedang dalam pembinaan di pintu masuk kompleks ini.

Saya mengesyorkan anda membaca sejarahnya dahulu di internet sebelum menjejak kaki ke sana. Pasti membantu pemahaman anda kelak... 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.