Saya akan membuat dua atau tiga catatan mengenai kebun tomato yang saya berkesempatan dan diberi peluang untuk melawat dan gambar yang saya kongsikan ini lebih bersifat peribadi semata tanpa kepentingan komersial.
Oleh itu tolong jangan gunakan bagi niat sedemikian kerana pemilik kebun biasanya tidak memberi kebenaran untuk komersial.
Apapun kebun tomato yang pertama ini adalah berteknologi moden yang mana menggunakan rumah kaca sebagai struktur pelindung tanaman di samping juga rumah plastik.
Malah disini mereka terpaksa melakukan pelbagai cara dan menggunakan teknologi moden untuk memastikan tanaman dapat diusahakan biarpun dengan perubahan suhu dan cuaca di bahagian luar. Ini dipanggil "Control Enviroment Farming".
Antaranya mereka menggunakan sistem penjanaan Co2 atau karbon dioksida yang digunakan oleh tumbuhan di samping membekalkan suhu panas yang diperlukan jika di musim sejuk.
Malah di sini keutamaan untuk mekanisasi ladang seperti trail di antara barisan dan juga sistem sokongan tanaman di cipta dan digunakan sepenuhnya untuk memaksimunkan hasil dan kos yang minimun dan penggunaan tenaga kerja yang amat efisien. Saya dapat melihat rakyat tempatan yang terdiri dari golongan belia samada lelaki mahupun perempuan bekerja sebagai petani atau pekerja ladang tanpa rasa kekok.
Manakala hasil tanam terus diproses di ladang iaitu pusat pemprosesan dan pembungkusan dengan sistem pembungkusan yang amat menarik, moden dan bersih sepanjang dari pengeluaran kepada pembungkusan dan akhirnya tiba ke rak-rak di pasaraya dengan pelbagai pilihan dan jaminan kualiti yang berterusan.
Berbanding di negara kita, teknologi kawalan persekitaran seperti suhu dan juga cahaya tidak diperlukan sangat kerana kita mendapat suhu yang hampir sama dan seragam sepanjang tahun kecuali jumlah kelembapan kita yang amat tinggi. Ada baik dan buruknya.
Selebihnya seperti biasa gambar menyambung cerita.
Saya melihat keupayaan mereka melakukan kebun berteknologi tinggi lebih kepada pengeluaran yang maksimun serta keperluan tanaman disebabkan kengkangan cuaca dan perubahan suhu yang nyata seperti musim sejuk, salji dan panas yang bermusim nyata.
Namun sebarang kos pengeluaran biasanya dapat disetarakan dengan harga pasaran yang masih memberi keuntungan malah kehendak pasaran mahukan buah yang berkualiti dan selamat dan pembeli tidak akan berkira untuk mendapatkanya.
Berbanding di negara kita semuanya mahukan harga yang terendah tetapi kurang mementingkan kualiti yakni keselamatan makanan dari racun dan sebagainya.
Kesedaran yang rendah untuk membayar lebih kepada usaha dari ladang menyebabkan kurangnya minat petani melabur dan membuat perubahan kerana harga di pasaran tidak menyokong usaha mereka dengan keuntungan yang tidak berbaloi berbanding usaha petani yang lebih.
Akhirnya pelanggan dan pengguna berterusan mendapatkan bekalan yang tidak terjamin selamat dan kualiti serta pembekalan yang tidak menentu.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.