Friday, April 13, 2012

Catatan Perjalanan: Kebun Tomato 2..

Kebun tomato yang kedua ini dimiliki oleh rakyat Vietnam yang telah mendapat PR selepas 15 tahun lamanya bekerja di ladang tomato. 

Yang istimewanya hanya si suami yang boleh bercakap dalam bahasa Ingeris manakala kakaknya ataupun isterinya hanya sepatah dua sahaja tetapi mereka mempunyai beberapa pekerja sambilan yang berasal dari India dan juga warga tempatan. 

Mereka juga hanya menumpukan dengan penjagaan tanaman sahaja seperti kawalan penyakit dan penuaian manakala kerja-kerja pembajaan dilakukan sepenuhnya dengan sistem fertigasi yang dibeli dan dipasang oleh pengeluar malah 'setting' sistemnya terus tidak terusik.  

Malah ketika wakil jualan sistem fertigasi tersebut ingin menunjukan demo kepada kami, mereka terpaksa membersihkan panel kawalan dari habuk dan debu yang membuktikan sudah lama tidak diusik dan dibuka. 
Yang hanya diuruskan adalah tangki baja yang perlu dibancuh setiap minggu. Selebihnya biarkan sistem yang menguruskanya. 

Dengan keluasan sekitar 20 hektar, mereka mengeluarkan tomato setiap hari dan tidak melakukan sebarang pembungkusan khusus tetapi dijual secara kilo sahaja berbanding dengan kebun tomato yang pertama. 

Mereka juga menanam berdasarkan kontrak pembelian tetap bagi memastikan harga yang tetap dan permintaan yang berterusan. Sistem kebun kontrak sebegini banyak membantu petani merancang dan boleh menumpukan kepada pengeluaran berbanding kaedah di negara kita dengan menanam dan mencari pelanggan dan harga yang tidak menentu. 

Baiklah selebihnya gambar pula berkata-kata. 

 






No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.