Jika catatan terdahulu saya berkongsi mengenai Smoke House, kali ini saya ingin berkongsikan pula satu binaan lama yang masih kekal sehingga kini malah boleh anda kunjungi ketika di Cameron Highlands.
Dibina pada tahun 1934 oleh Anne Laugharne Griffith Jones sebagai sekolah berasrama khusus untuk pendidikan awal sehinga 13 tahun dibawah nama Tanglin School yang mempunyai hampir 150 pelajar yang kebanyakan adalah anak-anak pegawai Komanwel yang bertugas di sekitar Malaysia dan Singapore.
Sekolah ini mempunyai pelbagai kisah turun naik seperti diitutup kerana epedemik polio pada tahun 1941, Penjajahan Jepun sekitar 1942 sebelum dibuka semula pada tahun 1945. Pada tahun 1948 ia sekali lagi ditutup ketika pengistiharan Darurat oleh kerajaan.
Pada tahun 1958, akhirnya Tanglin School dijual kepada British European Assiciation sebelum sekali lagi bertukar tangan kepada pemilk baru, K. Balakrishnan yang menjadikan bangunan ini sebagai hotel penginapan dengan nama BALA CHALET.
Bala Chalet sehingga kini masih mengekalkan senibina asal bangunan yang jelas bercirikan enggeris dan tudor malah jika anda melawat ke sini anda akan dapati bagaimana bahan bangunan yang masih kekal dan kukuh biarpun mencecah 80 tahun usia.
Bahagian dalaman pula masih kekal dengan susun atur bercirikan kolonial malah bilik-biliknya juga unik dengan kapasiti yang berbeza malah menggunakan segenap ruang seperti loteng dan anjung.
Jika anda ingin mengunjungi Bala Chalet ini, anda hanya perlu memandu dari Tanah Rata ke Brinchang melalui jalan utama dan terdapat Tanda Arah Bala Chalet dipersimpangan masuk.
Anda boleh singgah tetapi kawasan meletak keretanya agak terhad dan khusus kepada pelanggan sahaja tetapi mereka membenarkan anda mengambil gambar dibahagian luar.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.