Wednesday, January 11, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands : Cameron Highlands Resot

Jika anda berkemampuan, inginkan penginapan dan percutian paling mewah di Cameron Highlands, saya mencadangkan Cameron Highlands Resort milik YTL ini sebagai pilihan. 



Mula dibina pada tahun 1931 dan mula dibuka kepada umum pada tahun 1934, Cameron Highlands Resort terletak di lokasi yang amat strategik iaitu berhadapan Padang Golf MDCH malah ianya dirancang dan dibina serentak dengan Padang Golf ini. Boleh dikatakan antara hotel pertama yang dibina dan dibuka di Cameron Highlands. 

Perubahan yang ketara bukan kepada struktur bangunan tetapi juga namanya dimana asalnya dinamakan Cameron Highlands Hotel kemudian ditukar kepada Merlin Inn dan kini dikenali dengan nama Cameron Highlands Resort.

Nilai dan harga biliknya bermula sekitar RM 450 semalam dan bergantung kepada jenis biliknya. Selalunya dikunjungi oleh pelancong asing. Istimewanya senibina bangunan yang agak bercirikan Ingeris dan hiasan dalamannya juga klasik. Malah jika anda mencari lokasi malam yang cantik bergambar, disinilah tempatnya kerana pokok-pokoknya dihiasi lampu. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.