Wednesday, November 23, 2011

Tips Melawat Cameron Highlands : Strawberry Farm


Strawberry merupakan produk tanaman  yang amat popular di kalangan pelancong-pelancong ke Cameron Highlands dan sememangnya hanya di tanam di sini berikutan persekitaran yang amat sesuai. 

Tidak hairanlah daerah ini dipilih sebagai Satu Daerah Satu Industri bagi projek tanaman strawberry dan produk hilirannya.

Salah satu lokasi popular bagi tanaman Strawberry adalah di sekitar Brinchang sehingga ke Kea Farm malah kebun straweberry yang berada di kawasan tertinggi di Malaysia terletak di puncak Gunung Brinchang yang boleh dikunjungi dengan kenderaan biasa.

Namun bagi mereka yang ingin lawatan singkat dan mudah anda   boleh mengunjungi sekitar Kampung Taman Sedia yang terletak 2 km dari Pekan Tanah Rata. Istimewanya, ianya milik pengusaha Bumiputera. 



Terdapat hampir 7 pengusaha tanaman strawberry seperti Khairani Haji Mohamad, Al-Mashor, YZ Farm, Rose Strawberry and Chalet dan beberapa lagi kebun di sekitarnya.

 

Selain di sini, anda boleh menuju ke Brinchang samada Big Strawberry Farm, Chai Kok Lam Farm di Time Turnel, Arked Peladang, Raju Hill Strawberry, Sp Palas Strawberry Farm  sekitar Kea Farm sehinggalah menuju ke sekitar Tringkap.

Di sini rata-rata menjual strawberry segar samada dipetik sendiri ataupun yang baharu dipetik serta pelbagai produk hiliran samada makanan, jus, jem , coklat dan pelbagai lagi.

 
Tips:
  • Jika ingin membeli sebagai hadiah kepada rakan-rakan atau saudara mara, belilah ketika dalam perjalanan pulang.
  • Pilihan yang lain anda boleh membeli di pasar malam dan jika anda boleh memilih untuk membeli lewat sedikit lebih murah. 
  • Elakan membeli strawberry berlapikkan daunnya kerana bukan boleh dimakan pun dan buahnya amat sedikit.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.