Wednesday, November 23, 2011

Tips Melawat Cameron Highlands- Bharat Tea a.k.a Cameron Valley Tea


Teh  ataupun nama saintifiknya  Camellia sinensis adalah satu lagi trademark bagi Cameron Highland. Jika anda ingin datang ke Cameron Highlands, pastinya terbayangkan ladang teh terbentang di hadapan mata.
  
Di sini terdapat 2 syarikat yang masih mengusahakan tanaman teh iaitu Boh dan Bharat. Untuk yang pertama ini aku ingin kongsikan sedikit maklumat mengenai Bharat Tea Plantation. 

Mengikut sejarah yang tertulis, pada tahun 1933, seorang yang bernama Shuparshad dari India telah membeli 50 ekar tanah di Kuala Terla dan menubuhkan Bharat Tea Plantation.

Pada awalnya, daun teh ladang ini dijual secara terus kepada Federal Experimental Station iaitu Station Mardi. Namun sekitar tahun 1950, bilamana anak  kepada Mr. Shuparshad , Dato Brijkishore Agarwal telah datang dan mula bekerja dengan bapanya itu telah membawa perubahan dari menjual daun teh kepada memproses daun teh dan menjual dengan jenama Chop Rusa tetapi menyewa kilang Station Mardi ini.
Pada 1963, syarikat ini telah mengambil alih dua syaraikat perladangan teh milik bangsa asing dan mula membina sendiri kilang pemprosesan sendiri sehingga tahun 1990 an, mereka masih menjual secara borong daun tea. Hanya bermula pada tahun 1994, mereka memperkenalkan  jenama Cameron Valley dengan pembungkusan dan citarasa tambahan serta terlibat secara jualan terus kepada pengguna. 
Itu adalah sejarah tetapi sebagai panduan perlancongan, Bharat Tea telah mengorak langkah dengan begitu pantas bilamana membuka 3 Tea Centre sebagai destinasi perlancongan.
 
Pertama, mereka telah membuka Tea Centre di Jalan Masuk Utama di Ladang Shalimar iaitu berdekatan dengan Tanah Rata-Habu. Awalnya konsepnya adalah terbuka tanpa bumbung tetapi sekitar tahun 2006, mereka terpaksa akur dengan suasana cuaca yang selalunya hujan.
Pada masa yang sama satu lagi Tea Centre dibuka di Kuala Terla iaitu perhentiana pertama anda bagi yang menggunakan laluan Simpang Pulai.
Pada tahun 2009, Bharat Tea menambah satu lagi tea centre mereka iaitu berhampiran dengan tea centre yang pertama dan lengkap dengan kemudahan parking kenderaan yang lebih luas. 
Di ketiga-tiga Tea Centre ini anda boleh menikmati teh sambil melihat pemandangan ladang teh yang cantik. Bagi yang rajin, anda boleh berjalan di celahan pokok teh. Namun Bharat Tea tidak menyediakan peluang untuk memasuki kilang pemprosesan mereka.
Tips:
  • Sesuai dan mudah dikunjungi secara rombongan kerana kedudukannya di tepi jalan utama.
  • Nikmati kelazatan tea dengan bayaran yang mahal kerana anda membayar bukan kerana minuman  tea tetapi pemandangannya.
  • Anda boleh membeli Teh dengan pelbagai citarasa tetapi harganya akan lebih murah di pasar malam atau kedai-kedai kerana peniaga mengambil untung yang sedikit untuk menjualnya dengan jumlah yang lebih banyak berbanding Tea Centre.
  • Anda boleh membeli Cameran Valley Tea secara online !!!! di sini

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.