Raya dah dekat kan? Mesti persiapan dah dibuat..Baju baru, kuih muih, kereta, duit raya dan pastinya bagi kepada golongan wanita, peralatan mekap dan kesihatan pastinya tidak akan dilupakan.
Kepada mereka yang ingin melaram tak salah rasanya maklumlah setahun hari seminggu ini yang dinanti tetapi ingin di kongsi sedikit info kepenggunaan yang mungkin boleh membantu anda menjaga kesihatan di samping melaram...
Cuma ini adalah lanjutan maklumat dari beberapa petikan berita yang terdahulu keluar di surat khabar harian dan jika anda rajin membuat carian di internet, anda akan menemui lebih banyak senarai produk komestik yang mempunyai bahan terlarang yang boleh menjejaskan kesihatan.
Maklumat lanjut boleh anda dapati di laman web rasmi BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAAN yang bertanggungjawab dalam pengawalan dan penguatkuasaan.
PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU
Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.
Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.
Tahun 2011
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Sensual Whitening Cream | NOT100751321K | Merkuri |
Tahun 2010
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | NV Toner Treatment No 1 | NOT05010130KE | Hydroquinone & Tretinoin |
2 | NV Toner Treatment No 2 | NOT05010129KE | Hydroquinone & Tretinoin |
3 | Zara Rejuvenation Cream | NOT04081873KE | Hydroquinone |
4 | Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream | NOT081201209K | Tretinoin |
5 | Pigmentation Recovery Complex | NOT081200745K | Tretinoin |
6 | De Putih Night Cream | NOT05100878KE | Tretinoin |
7 | BML HB LOTION | NOT090701336K | Tretinoin & Hydroquinone |
8 | Krim Malam Shana | NOT090600820K | Tretinoin & Hydroquinone |
9 | Natasya Gold Krim Herba | NOT091100971K | Tretinoin & Hydroquinone |
10 | Biotox Whitening Hydro Cream | NOT007061310K | Dexamethasone |
11 | Yoko Whitening Cream | NOT080100330K | Tretinoin |
12 | Sue Beauty Night Treatment Cream | NOT080600138K | Tretinoin |
Tahun 2009
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Felisa Gentle Peeling Solution | NOT07080210KE | Tretinoin |
2 | Krim Malam Rahsia Rimba | NOT080801112K | Hydroquinone |
3 | Biocosmet Whitening Essence Cream | NOT07122920KE | Hydroquinone |
4 | ~H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream | NOT04102838KE | Hydroquinone |
5 | Magixpress Lightening Plus | NOT07121009KE | Hydroquinone |
6 | A.Vant Cream | NOT05022860KE | Tretinoin |
7 | Eriesya Spa Beauty Cream | NOT07122412KE | Hydroquinone |
8 | Natasya Krim Herba | NOT07090337KE | Hydroquinone & Tretinoin |
9 | Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya | NOT03090150KE | Tretinoin |
10 | Ratna Sari Whitening Night Cream | NOT080700826K | Tretinoin |
11 | ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream | NOT04082451KE | Hydroquinone |
12 | Chantique - Whitening Night Cream | NOT04121404KE | Tretinoin |
Tahun 2008
Bil | Nama produk | No. notifikasi (NOT) | Bahan kimia yang dikesan |
1 | Khazanah White Pembersih Wajah | NOT05040954KE | Hydroquinone |
2 | Gloskin Krim Malam & Siang | NOT05082557KE | Hydroquinone |
3 | Reena's Astringen Lanjutan | NOT05010659KE | Hydroquinone |
4 | Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk | NOT07020213KE | Hydroquinone |
5 | EETYE Whitening Cream | NOT06080859KE | Hydroquinone |
6 | O'Lynn Skin Lightening Cream | NOT06110164KE | Tretinoin |
Petikan Berita 1: 6 PRODUK KOSMETIK EMPAT SYARIKAT DIKESAN BERACUN
KUALA LUMPUR: Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman.
Beliau berkata, enam produk itu ialah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, NV Toner Treatment No 1 dan NV Toner Treatment No 2.
Katanya, penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.
Jelasnya lagi, tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari, manakala hydroquinone juga memberikan kesan sama kecuali perubahan pada warna kulit, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan semua pemilik stok supaya menghentikan penjualan dan penggunaan produk itu serta-merta dan penjual diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.
Katanya, di bawah peraturan ini, individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Syarikat melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Produk itu dikilangkan Re-X Products Co Ltd Thailand, SKY Resources Sdn Bhd, Chemi Lab Cosmetic Industries dan Maxbeuty Industries Sdn Bhd.
PETIKAN BERITA KEDUA : RACUN KUPAS KULIT
KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat kosmetik terkemuka yang beroperasi sejak 10 tahun lalu diserbu penguat kuasa Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam kerana membawa masuk secara pukal produk kecantikan beracun berkonsepkan ‘kupas kulit.’
Berdasarkan siasatan, produk kosmetik yang diimport itu dibuat menggunakan bahan kimia berbahaya iaitu hidroquinone dan tretinoin yang diharamkan di negara ini selepas ia didapati boleh merosakkan kulit wajah selain menjadi punca kanser jika dipakai berterusan. Sumber KKM berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan dan serbuan kira-kira jam 11 pagi di semua cawangan di seluruh negara termasuk ibu pejabat syarikat kosmetik terbabit di sini.
“Berdasarkan ujian makmal, produk terbabit mengandungi hidroquinone dan tretinoin dalam kadar peratusan tinggi. Kesannya, pengguna akan mengalami kesan kulit mengelupas dan menjadi kemerah-merahan yang melampau. “Hasil serbuan, KKM merampas losen yang mengandungi kimia berbahaya terbabit dianggarkan lebih RM100,000,” katanya. Menurutnya, hidroquinone dan tretinoin boleh mengakibatkan gatal, perubahan warna kulit dan kulit menjadi terlalu sensitif. “Bahan kimia itu menyerap ke saluran darah dalam jumlah besar sehingga mendatangkan pelbagai kesan seperti pertuturan yang sukar difahami, muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan dan koma akibat kegagalan sistem pernafasan. Ia juga boleh menyebabkan kesan keradangan dan barah kulit,” katanya.
Sumber itu berkata, kebanyakan pengguna yang memakai kosmetik mengandungi kimia itu biasanya akan terpedaya apabila merasai perubahan pada tona wajah mereka yang semakin cerah selepas beberapa hari memakai krim kosmetik itu.
“Tona kulit mereka akan berubah seolah-olah menjadi putih dan bersih, tapi ia tidak akan kekal lama kerana keadaan itu akibat hakisan lapisan kulit yang belum sempat matang. Dalam tempoh singkat apabila didedahkan kepada cahaya matahari, kulit itu akan menjadi buruk dan terbakar,” katanya. Menurutnya, pengedar cuba mengelirukan pengguna dengan mendakwa losyen wajah itu dihasilkan daripada bahan semula jadi terpilih.
“Berdasarkan maklumat pada botol produk itu, ia didakwa berupaya menghilangkan kesan jeragat dan jerawat pada wajah pengguna tanpa mudarat. “Jadi, pengeluar produk itu melakukan kesalahan dan boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan 2000) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM25,000 bagi kesalahan pertama atau RM50,000 bagi kesalahan kedua,” katanya.
Sumber itu berkata, pejabat pengeluar produk terbabit pernah diserbu beberapa kali, namun mereka berdegil. (sumber: Harian Metro 3/9/2010 – Mohd Jamilul Anbia Md Denin)
PETIKAN BERITA KETIGA:
47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam(Senarai Produk Disertakan)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.
“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.
“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).
Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.
INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
-Kintop
-Body Beaus
-BMI-9 Xylimming Capsule
-Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
-Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
-Obexlim
-Slimax Coffee
-Beaute Fit Body Contour
-Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
-357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
-Makjun Taufiq Dua Istimewa
-Majun Dua Istimewa
-Ginseng Jin Fui Wan
-Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
-Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
-Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
-Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
-Makjun Syafiq 3 Istimewa
-Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
-Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
-Eriesya Spa Beauty Cream
-Atika Beauty Renewal Cream
-Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
-Ratna Sari Whitening Night Cream
-Tia Amelia Krim Jeragat
-Chantique Whitening Night Cream
-RZAC White Pearl Cream
-Nuriz Day and Night Cream
-Elite Rias Er Cream
-R&Z Whitening Night Cream
-Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
-Pigmentation Recovery Complex
-Zara Rejuvenation Cream
-Natasya Krim Herba Gold
-De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
-Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
-Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
-Qian Tong Dan
-Raja Ubat Resdung
-Coral Plus UA 350MG

No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.