Wednesday, August 24, 2011

Mulianya Hati Gadis China Ini!...

Memanjangkan catatan laman web di Anak Seberang , aku terkesan dengan kemuliaanya gadis ini yang membantu seorang kurangupaya melintas jalan ketika hujan lebat dan beliau sendiri basah kuyup. 

Berapa ramai antara kita yang akan melakukan perkara ini jika berlaku di depan mata kita...?

Mulianya Hati Gadis China Ini!

Seorang lelaki berpakaian uniform (di dalam bulatan) sekadar memerhatikan dari jauh. 

Terdapat sejumlah 4 set gambar yang dirakamkan oleh seorang warga China bernama Feng Nao yang
menunjukkan perbuatan seorang gadis yang cantik dan berhati mulia ini. Menurut kenyataan kisah di dalam gambar ini:

"Sebaik saja hujan lebat turun secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang kurang upaya tidak berdaya bergelut di
dalam hujan lebat untuk menyelamatkan diri. Ketika itu seorang gadis cantik yang membawa payung bergegas
berlari di dalam hujan lebat untuk memberi perlindungan dan menjaga orang tua kurang upaya itu.

Walaupun payung itu tidak cukup untuk melindungi diri orang tua itu daripada dibasahi hujan lebat, namun gadis itu tetap
berada di sisi lelaki tua itu di dalam kebasahan hujan ...dan ia menjadi adegan yang paling indah di dalam hujan lebat itu."

Walaupun payung itu tidak mampu menghalang lelaki tua ini daripada kebasahan, gadis ini tetap terus 
melindunginya. Gadis ini lebih mengutamakan memeyungi lelaki tua itu. 

Melihat dari gambar-gambar itu, kelihatan bahawa hujan lebat yang turun secara tiba-tiba menyebabkan lelaki
tua peminta sedekah yang lumpuh kakinya bergerak perlahan-lahan dengan kereta kayu yang kecil. Melihatkan
keadaan ini, seorang gadis berbaju merah jambu sambil memegang payung di tangannya bergegas di dalam hujan
untuk melindungi peminta sedekah.

Tetapi tidak berdaya, payung itu benar-benar tidak berupaya untuk melindungi lelaki tua itu daripada hujan lebat.
Di dalam gambar tersebut, ia boleh dilihat bahawa payung di tangan gadis itu benar-benar melindungi pengemis,
manakala pakaiannya sendiri sudah sepenuhnya lencun kerana air hujan. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.