Filem yang seterusnya yang ingin aku kongsi berdasarkan kegemaran aku adalah Filem City Of God yang diterbitkan pada tahun 2003. Filem ini tiada tayanangan di Malaysia dan hanyalah boleh ditonton melalui pembelian DVD.
City of God adalah kisah berkenaan projek perumahan yang dibina pada tahun 1960 an dan menjadi penempatan paling merbahaya pada sekitar tahun 1980an di Rio de Janeiro, Brazil.
Pada awalnya ianya merupakan penempatan baru yang dibina secara tersusun tetapi kemudian bertukar sedikit demi sedikit menjadi tempat lahirnya penjenayah dan kumpulan-kumpulan yang cuba menguasai kawasan ini.
Dan dari awal dibina jalan ceritanya mengenai perkembangan sosial dikalangan kanak-kanak sehinggalah menjadi dewasa yang terdedah dengan peras ugut, samseng jalanan, senjata api, dadah dan segalanya.
Kanak-kanak ini didedah dengan segala kepincangan sosial sehinggakan mereka seolah-olah menjadi lapisan kepada generasi sedia ada dan inilah yang sebenarnya terjadi.
Konflik sosial wujud bilamana masyarakat melihatnya sebagai sekadar rutin kehidupan dan manakala fakto ekonomi yang tidak sihat menjuruskan meraka lebih ke arah yang berlawanan.
Kanak-kanak ini didedah dengan segala kepincangan sosial sehinggakan mereka seolah-olah menjadi lapisan kepada generasi sedia ada dan inilah yang sebenarnya terjadi.
Konflik sosial wujud bilamana masyarakat melihatnya sebagai sekadar rutin kehidupan dan manakala fakto ekonomi yang tidak sihat menjuruskan meraka lebih ke arah yang berlawanan.
Di akhir cerita anda akan melihat seolah-olah kitaran masalah sosial ini seperti berulang dan akan terus berulang dengan lapisan baru. Aku melihat filem ini tidak dinaratifkan secara khusus kepada sesuatu objek atau watak tetapi seolah-olah diceritakan secara mendatar dan babak-babak yang dimasukan adalasedikit babak kehidupan yang tidak dapat kita bayangan perjalanan cerita ini.
Jika anda tidak menumpukan perhatian anda akan mudah tertanya siapa pula dan di mana atau kenapa jalan cerita ini.
Dikalangan semua watak, lahir satu watak yang secara tidak sengaja berjaya merungkai dan membawa kisah ini kedunia media yang sebelum ini sukar ditembusi oleh wartwan hatta pihak berkuasa sekalipun.
Walaupun sederhana, aku suka melihat perkembangan jalan cerita yang menceritakan secara ringkas kisah penempatan ini. Genre yang sedikit ganas, seksualiti dan kemanusian sekitar filem ini.
Aku suka Filem ini. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.