Friday, August 5, 2011

Antara Halal atau Haram...

Memanjangkan kisah HALAL ini aku ingin berkongsi dengan beberapa petikan berita dari beberapa akhbar utama juga yang mengisahkan bagaimana status halal di Malaysia. 

Ada pengusaha yang tidak berpuas hati dan mencabar kredibiliti JAKIM dalam isu pengesahan dan pengeluaran sijil halal kerana merugikan pihak pengeluar. Ini bukan isu untung rugi tetapi melebihi dari itu.

Agak pelik dilingkungi majoriti Masyarakat Islam di negara ini, isu halal seolah-olah diminta dikecualikan atas dasar kebebasan dan keterbukaan. Ini sememangnya salah dan kepentingan HALAL bagi umat Islam bukan semata makanan tetapi menjangkaui amalan yang dituntut oleh Agama Islam itu sendiri.

Di bawah seperti biasa aku akan memetik rencana Kosmo dan kali ini aku akan menambah dengan petikan rencana dan berita berkenaan isu halal. 

Sebagai pengguna Islam, kita mempunyai kuasa pembeli... gunakan sebaiknya.. 

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF megat@kosmo.com.my
SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam membuat keputusan mengharamkan penggunaan sijil halal keluaran enam buah syarikat swasta di negeri ini berkuat kuasa serta-merta.
Kesemua syarikat itu yang selama ini mengeluarkan sijil halal kepada kira-kira 100 pengusaha restoran dan makanan di negeri ini dilarang menerima permohonan baru untuk mendapatkan sijil tersebut.
Keenam-enam syarikat terbabit ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, bagi pengusaha premis pula, mereka diarahkan supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit sebaliknya perlu segera membuat permohonan semula dengan pihaknya atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Katanya, tindakan tegas itu diambil ekoran terdapat pelbagai logo halal keluaran syarikat swasta yang tidak diiktiraf telah dikesan berada di pasaran menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.
Mohammed Khusrin menunjukkan sijil halal yang diharamkan (kiri) dan sijil halal yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Selangor (kanan) di Shah Alam semalam.
Memetik dari Harian Metro :
Isu halal diperlekeh Oleh Faizatul Farlin Farush Khan ,ffarlin@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Akta Halal perlu dilaksanakan segera supaya pengguna beragama Islam tidak terus tertipu dan diperlekehkan segelintir peniaga yang hanya mengejar keuntungan tanpa mengambil kira keperluan serta sensitiviti masyarakat.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata,
pihaknya mahu akta itu diluluskan segera kerana sehingga kini Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) masih tiada kuasa mutlak untuk mengenakan tindakan terhadap premis
yang menggunakan sijil halal palsu.

Beliau berkata, akta itu sudah dirangka sejak beberapa tahun lalu, tetapi masih belum
diluluskan hingga kini menyebabkan Jakim kelihatan seolah-olah tiada kuasa berhubung
 isu halal haram dari segi undang-undang. sambungan 

Juga dari laman Harian Metro 
BUKTI...laman web milik syarikat mengedar sijil halal swasta yang mengarahkan laporan polis dibuat sekiranya pegawai Jakim membuat pemeriksaan di premis yang menggunakan logo halal milik mereka.
BUKTI...laman web milik syarikat mengedar sijil halal
swasta yang mengarahkan laporan polis dibuat
sekiranya pegawai Jakim membuat pemeriksaan
di premis yang menggunakan logo halal milik mereka

Syarikat cabar kuasa Jakim Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan 

Siti Nadirah Hafidzin

KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti sengaja mencabar bidang kuasa pegawai Jabatan
Kemajuan  Islam Malaysia (Jakim) apabila syarikat swasta yang menjual logo halal
palsu kepada pengilangdan restoran tempatan mengarahkan pelanggannya membuat
laporan polis jika didatangi pegawai agensi berkenaan.

Arahan tidak masuk akal itu dianggap sebagai langkah terdesak syarikat swasta
berkenaan selepasribuan syarikat yang sebelum ini diserbu dan diperiksa Jakim
mula gusar dengan status sijil dikeluarkan syarikat itu. sambungan

Manakala unutuk isu Bir Halal yang pernah mengegarkan kita beberapa bulan lalu
dikupas oleh Utusan Malaysia:
Jakim, MAIN tak iktiraf produk tidak halal

KUALA LUMPUR 11 Julai - Jabatan Kemajuan 
Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam 
Negeri (MAIN) tidak akan mengiktiraf serta 
mengeluarkan sijil dan logo halal terhadap 
mana-mana produk tidak halal yang 
menggunakan istilah halal.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, 

Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani 
Abdul Karim berkata, ini kerana perkara itu 
bertentangan dengan piawaian halal yang 
telah ditetapkan oleh agensi berkenaan.

Menurut beliau, produk terbabit antaranya ialah bak kut teh, bir, 
bacon dan rum yang 
sebelum ini pernah dilabel dengan istilah halal sehingga mengelirukan orang ramai.

"Nama-nama yang haram ke atas produk halal seperti bak kut teh, bir, bacon serta 

rum tidak dibenarkan.  Untuk itu, Jakim dan MAIN tidak akan iktiraf dan beri pensijilan 
serta logo halal. Hal ini termaktub di dalamRang Undang-Undang Perihal 
Dagangan 2011. sambungan... 

Ikuti temuabual bersama Pengarah Jakim di Metro Ahad :
Cara mudah kaut untung Oleh AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD  

Norman Abdul Halim
Sebenarnya, kesedaran masyarakat terhadap perlunya pengiktirafan halal itu diwajibkan terhadap
pengusaha restoran dan industri makanan di negara ini semakin meningkat berdasarkan
peningkatan permohonan terhadap pensijilan halal Malaysia.
Buat masa ini, empat kategori sektor yang lazimnya memohon pensijilan halal berkenaan
iaitu pengeluar produk, premis makanan (restoran), rumah sembelihan dan sektor perhotelan.

Berdasarkan kesedaran maksud halal itu dan usaha dilakukan Jakim, tiba masanya umat Islam lebih
prihatin dan peka terhadap kepentingan hanya mengunjungi premis yang ada pengiktirafan berkenaan
kerana ia pasti halal dan mencakupi syariat dituntut Islam.

Bagi mendapatkan perkembangan terkini isu berkenaan, Metro Ahad (MA) menemubual Ketua Pengarah
Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz di pejabatnya baru-baru ini.

Ikuti Temubual lanjut di sini

Banyak lagi petikan berita yang mengisahkan mengenai isu Halal dan Haram dengan hanya perlu
membuat carian di Laman Web mengenai isu ini.

Sebagai pengguna Islam, marilah kita berhati-hati dalam pemilihan produk untuk 
kegunaan kita seharian. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.