Aku selalu membaca blog orangmuo.com dan ianya datang dari Tuan Kadi Daerah Muo sendiri kalau tak silap aku dan topik baru-baru ini berkenaan wad bersalin paling sibuk di dunia.
Terkenang masa-masa dahulu kalau mak-mak kita di Felda khasnya pengalaman di Felda Kumai yang jauhnya melebihi 100 km dari Hospital Mentakab, maka bidan kampung Mak Teh ( betulkan kalau silap) menjadi pilihan utama selain Bidan di Klinik Desa.
Biasanya tidak kira siang, malam samada pagi petang atau lewat malam, tatkala sudah sampai waktunya, maka si ayah akan segera menjemput samada bidan kampung atau bidan klinik desa. Masa itu juga pastinya jiran-jiran terdekat mula bertandang membantu mengemas beg pakaian dan sokongan kepada mak-mak tersebut, dan pastinya ketiadaan mak-mak dan ayah-ayah ini akan segera diambil alih oleh jiran-jiran untuk membantu menjaga anak-anak kecil yang terpaksa ditinggalkan dari segi makan, minum , keselamatan dan persediaan ke sekolah.
Manakala menanti persiapan, si ayah mula mengetuk pintu rumah rakan-rakan yang mempunyai kereta untuk minta dihantar ke Hospital Mentakab dan ayah aku biasanya antara pilihan mereka kerana hanya segelintir yang memiliki kereta ketika itu. Bagi yang tidak sempat, maka bersalinlah di rumah sahaja dengan kepakaran bidan-bidan ini atau jika yang masih sempat, maka bidan-bidan ini akan turut serta mengiringi perjalanan mereka ke hospital.
Setelah selamat bersalin, biasanya hanya diketahui sehari atau dua hari selepas itu kerana tiada talian telepon samada di rumah ataupun awam apatah lagi telepon bimbit. Bilamana pulang ke rumah, maka berbondong-bondonglah jiran-jiran ini melawat ahli baru kejiranan mereka dengan senyum dan syukur. Selepas 7 hari atau habis pantang biasanya dianjurkan majlis kesyurkuran ataupun serentak dengan mencukur rambut. Bagi yang mampu, majlis akikah diadakan atau bagi yang kurang berkemampuan biasanya dilaksanakan semasa kenduri kahwin anak masing-masing.
Semuanya dilaksanakan dengan suasana penuh kemasyarakatan dan nilainya kini mungkin masih ada dan diamalkan cuma suasananya pasti berbeza kini mengikut peredaran zaman.
berikut Petikan orangmuo.com
Wad Bersalin Paling Sibuk Di Dunia...100 Kelahiran Sehari
Manila - Sebuah wad bersalin di Hospital Dr Jose Fabella Memorial Manila merupakan antara wad bersalin paling sibuk di dunia di mana 60-100 bayi dilahirkan pada setiap hari. Ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran terpaksa berkongsi katil, 3 orang untuk satu katil!! Wad yang sedia ada terpaksa menampung sehingga 300 orang ibu bersalin berasak-asak di dalam wad yang sama. Namun menurut Ketua Doktor hospital berkenaan Dr Arlene Matanguihan," Kadang-kadang pada masa yang sama sehingga 16 orang berada di dalam bilik bersalin untuk proses kelahiran. Namun kami masih mampu menguruskannya dengan baik, dan sehingga kini belum ada berlaku kejadian yang tidak diingini."
Ibu-ibu menanti saat melahirkan terpaksa berkongsi katil kerana jumlah mereka terlalu ramai
Negara Filipina adalah negara kedua tertinggi di dunia kadar pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 2% setahun dengan purata 200 kelahiran setiap jam. Antara faktor utama membantu kadar kelahiran tinggi di Filipina ialah kepercayaan agama yang kuat melarang penganut-penganutnya merancang keluarga kerana ia bertentangan dengan ajaran Kristian Katholik.
Dogma: The country is 90 per cent Catholic and the religion believes birth control and abortion are contrary to 'God's will' that we procreate
Overwhelmed: The ward sees an average of 60 babies born every day and can record up to 100 in a 24 hour period
Kini dengan junmlah penduduk 90 juta orang, Filipina adalah negara yang paling padat penduduk selepas Indonesia. Ready to pop: Family planning laws currently before Congress will give mothers a chance to better raise their children and reduce pressure on services, say advocates
sy pun dok felda juga....
ReplyDeletedulu2 kat felda diaorg beranak/bersalin kat umah jer...skrg ni kena/wajib cek-in hospital.kalo dak kena marah ngan misi..huhu
tp kat sepital klang pun dah nak sama cam kat sepital manila tu..siap ada yg tunggu kat kerusi malas lg..yg lagi nak marah,ramai betul warga asing yg beranak kat situ..sampai terasa kat hati.. eh aku ni mcm beranak kat luar negara pulak..huhuhu...
perghhhhh... ngeri plak tengok sampai berasak2 cam nih. mujur malaysia masih di tahap yg selesa walaupun di hospital kerajaan uhuhuh
ReplyDelete