Aku terkesan sedikit semalam dengan rasa gembira dan sedikit terharu melihat perjalanan pulang seorang mangsa renjatan elektrik yang pernah suatu ketika mendapat perhatian kita iaitu Muhamad Hairuman Miskom. Dalam kesakitan, keperitan dan penderitaan aku rasa dia amat bersyukur kerana mempunyai dan memiliki kasih sayang dan sokongan kakak dan abangnya selain daripada masyarakat.
Kita doakan , beliau terus tabah menjalani hari mendatang dalam suasana yang berbeza dan pastinya beliau memerlukan dorongan dan sokongan anda samada semangat ataupun sumbangan.
'Hairuman keluar wad hari ini'
KUALA LUMPUR – Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon, 22, akhirnya dibenarkan pulang ke rumah hari ini bertepatan dengan hari ulang tahun kelahirannya selepas enam bulan terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Hairuman yang ditemui di wad HKL semalam berkata, dia sangat teruja bercampur sedih selepas doktor membenarkan dia keluar dari wad.
“Saya tidak sabar untuk melihat pemandangan luar sebab sudah lama di wad selain rindu untuk berjumpa keluarga.
“Pada masa yang sama, saya juga sedih sebab terpaksa berpisah dengan pesakit lain dan petugas hospital kerana mereka selalu memberi saya sokongan dan semangat agar saya cepat pulih,” katanya.
Katanya, walaupun kemalangan telah mengubah kehidupannya, dia bersemangat dan yakin boleh memenuhi impiannya yang terpendam selama ini untuk memulakan perniagaan barangan elektronik dan melukis serta mendalami bidang keagamaan.
KUALA LUMPUR 30 Mei - Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon hari ini menerima kejutan apabila diraikan dengan penuh meriah oleh anggota keluarga, rakan-rakan dan kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, sempena hari lahirnya yang ke-22.
Tambah meriah, majlis ringkas tetapi bermakna itu turut dihadiri oleh penerima Anugerah Perdana Belia Negara, Mohammad Rizan Hassan.
Menurut Muhamad Hairuman, sambutan hari lahirnya itu diadakan awal sehari kerana bimbang dia mungkin sibuk untuk urusan keluar dari wad, esok.
Katanya, meskipun gembira kerana dibenarkan keluar tetapi dia mengaku merasa sedih untuk meninggalkan rakan-rakan di wad rehabilitasi selain kakitangan di hospital itu.
"Manakan tidak, saya telah tinggal bersama mereka (pesakit) selama kira-kira dua bulan iaitu sejak 23 Mac lalu. Sebelum itu di Unit Kebakaran HKL selama lima bulan sebelum dipindahkan.
"Sudah tentu banyak kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang di sini, apatah lagi apabila terpaksa menanggung kesakitan sehingga pulih," katanya yang ceria ketika ditemui di HKL di sini hari ini.
Muhamad Hairuman berkata, pengalaman berada di HKL mengajarnya banyak perkara termasuk menginsafi bahawa terdapat ramai lagi insan menerima nasib sepertinya.
Bersama salah seorang kakaknya, Mayuni |
"Ia sama sekali tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kehidupan. Saya lebih bernasib baik kerana boleh bergerak walaupun kekurangan anggota badan berbanding pesakit lain yang lumpuh," katanya.
Katanya, sepanjang berada di HKL, dia telah menjalani rawatan fisioterapi selain diberi latihan, kata-kata semangat, motivasi selain dipulih semangat akibat trauma untuk menjalani kehidupan.
Muhamad Hairuman yang gemar melukis komik turut berhasrat untuk menyambung pelajaran sebaik pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami.
Kakaknya, Maryuni, 32, berkata, Muhamad Hairuman telah menjalani pembedahan lebih 10 kali dan kini menunggu bantuan kaki dan tangan palsu bagi membantu pergerakannya seperti manusia biasa.
Kisah sedih beliau yang pernah mendapat perhatian kita:mrkumai.blogspot.com turut berkongsi kisah derita Muhamad Hairuman bin Miskon yang merupakan anak yatim piatu sejak berumur 5 tahun. Dia merupakan anak ke 9 dari 10 adik-beradik dan 2 orang kakaknya adalah golongan O.K.U.
Memandangkan pendapatan dari perniagaan air buah yang diusahakan oleh abang ipar & kakaknya tidak seberapa, Hairuman cuba membantu untuk menyara keluarga dengan melakukan 2 pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Namun malang menimpa Hairuman apabila dia mendapat kecelakaan sewaktu bekerja dia kebun kelapa sawit.
Menurut kakak Hairuman, Puan Maryuni Miskon, adiknya terkena renjatan sub station TNB bervoltan tinggi pada 26.11.2010 sewaktu membantu rakannya membersihkan kebun kelapa sawit milik pakcik rakannya itu.Kabel TNB yang tidak dibalutkan dengan penebat sejak berpuluh tahun merentangi kawasan kebun kelapa sawit dan kampung. Kabel tersebut telah melendut di celah-celah pokok pisang dan kelapa sawit.
Keadaan cuaca pagi itu basah akibat hujan pada malam sebelum kejadian. Galah besi yang digunakan oleh Hairuman telah tercecah pelepah sawit yang mengenai kabel dan menyebabkan tubuhnya terkena renjatan 3000KW. Pakaiannya hangus terbakar dan 50% badannya melecur.Oleh kerana kecederaannya amat kritikal, doktor mendesak untuk memotong kedua-dua tangannya di paras bawah lengan. Puan Maryuni memohon waktu untuk mendapatkan ikhtiar lain kerana tidak sanggup melihat Hairuman kudung kedua belah tangan memandangkan umurnya baru mencecah 22 tahun.

Lebih kurang RM15,000.00 sebulan diperlukan untuk menampung kos perubatan.
“Ia adalah untuk tujuan surgery nursing care, untuk dressing dia setiap hari, bermula dari suppliment sehinggalah pampers dia. Ini berlarutan sampai dia melepasi keadaan kritikal. Mungkin setahun dia terlantar,” ujar Puan Maryuni.
Sumbangan wang untuk membantu menampung kos rawatan Hairuman boleh disalurkan kepada Puan Maryuni Binti Miskon melalui akaun Maybank – 1620 3063 2448 atau CIMB – 1257 0000 2035 29.
No. Tel: 018-3807867
Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.
Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.
Disertakan juga lain-lain salinan dokumen sebagai bukti:
antara pautan laman web berkenaan kisah Hairuman ini:
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.