Saturday, June 18, 2011

Etika berblogger...

Bila aku sambung membuat carian di internet aku berjumpa link yang aku ingin berkongsi pandangan mengenai keperluan seseorang yang mahu menjadi blogger dan aku rasa pandangannya sebagai seorang bloger cukup bernas. 
Dan melihat perkembangan sekarang, hampir setiap orang dekat dengan perkembangan ICT dan ramai juga yang menceburi dan menggunakan kemudahan ICT samada laman sosial peribadi, blog peribadi atau yang menggunakan ICT sebagai alat untuk memperkembangkan perniagaan secara meluas dan tanpa sempadan. 
Berbalik kepada etika blogger ini, apa kata anda teliti dan mungkin pandangan ini dapat diamalkan dalam kita berblogger. 
Insyaallah sebagai seorang manusia, aku akan sentiasa bertanggungjawab dengan apa juga catatan blog aku dengan syarat yang telah jelas dinyatakan. 
Bilaman kita membaca, kita juga perlu menjadi pembaca bloger yang beretika. 

Petikan : http://eiz1004.upprofits.com/ Beliau mencadangkan setiap blogger;
  1. Blogger dilarang memfitnah dan mengaibkan blogger lain,
  2. Blogger dilarang meng’copy-paste’ 100% karya orang lain dan menjadikannya sebagai karya sendiri tanpa memberikan Credits atau sumber,
  3. Blogger dilarang memberi dan menyebarkan fakta yang tidak tepat tanpa menyelidikinya terlebih dahulu,
  4. Blogger dibenarkan memberikan pandangan dan pendapat berkaitan isu-isu semasa,
  5. Blogger dibenarkan memberi persoalan dan membuka perbincangan berkaitan isu-isu semasa,
  6. Blogger perlu dapat membezakan apa itu Maklumat Sokongan, Komen atau pun Fakta,
  7. Blogger perlu berhati-hati memberikan maklumat Sensasi yang boleh memberi kesan kepada mana-mana pihak,
  8. Blogger perlu peka dengan setiap Fakta yang diberikan dan perlu membetulkannya segera jika berlaku kesilapan,
ramai blogger yang memperolehi pendapatan lumayan.
Dan untuk menambah sedikit, aku rasa blogger perlu memisahkan antara pendapat peribadi secara jelas bagi menggelakan persepsi pembaca. Ada pembaca yang bilamana membaca terus mepercayai sebagai satu sumber. Aku selalu memasukkan ayat seperti  'aku rasa' , 'dari pengamatan aku' atau 'secara peribadi'.

Blogger perlu sedaya upaya untuk menggunakan bahasa dan istilah yang sebaik betul dari ejaan, frasa dan apa juga tatasusila bahasa. Bimbang kita menjadi penyumbang kepada kerosakan bahasa sendiri pula. 

Blogger juga bagi pengamatan aku tidak semestinya meletakkan seratus peratus pendapat mereka sebagai betul dan haruslah bersedia jika mendapat celahan maklumat, pembetulan dan kadangkala cemuhan bagi setiap pendapat itu.

Blogger tidak boleh menyalahkan sumbernya jika terdapat kesalahan fakta yang digunakan kerana seharusnya blogger perlu menyiasat terlebih dahulu segala fakta yang hendak digunakan.

Mungkin ini adalah cadangan kepada etika blogger dan kita tunggu sahaja etika bloger yang ingin diwujudkan nanti...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.