St Thomas, barangkali nama ini agak asing bagi anda yang membaca dan menyebutnya. Dan mungkin terasa pelik pula terlintas difikiran anda kenapa aku memilih untuk menulis mengenai nama ini. Sebenarnya tidaklah pelik dan ajaib kenapa hari ini aku memilih untuk bercerita dan berkongsi dengan nama ini sebab St Thomas adalah sekolah aku semasa di peringkat menengah 1990-1996 dahulu. Dan menjelang hari guru ini, aku sekadar nak masukan sedikit mengenai SEKOLAH MENENGAH ST THOMAS , Kuantan Pahang... di Jalan Gambut berdekatan dengan TNB Kuantan atau lebih senang bersebelahan Hotel Grand Continental.
Class of 96 |
Sejarah Sekolah Saint Thomas sebenarnya bermula pada tahun 1910, apabila tanah di mana sekolah ini dibina dibeli oleh seorang paderi bernama Anthony Duvelle dengan harga $ 100. Duvelle kemudiannya membina sebuah gereja kecil dengan nama Saint Thomas. Pengasas sekolah ini kemudiannya, menamakan sekolah ini sempena nama gereja tersebut.
Sekolah Saint Thomas ditubuhkan oleh Rev. Father Guittat pada bulan April 1950 di perkarangan Gereja Saint Thomas dengan dibantu oleh Rev. Father Reutens dan berikutnya Rev. Father Yap. Sekolah ini bermula dengan 40 orang pelajar dan menjelang 1951, bilangan pelajarnya meningkat kepada 80 orang. Sekolah Rendah ini adalah sebuah sekolah persendirian dan kemudiannya dijadikan Sekolah Bantuan pada tahun 1953. Mulai Januari 1954, bilangan pelajarnya sudah meningkat ke 180 orang. Sekolah ini kemudiannya diletakkan di bawah naungan Marist Brothers dan seterusnya St. Gabriel.
Pada tahun 1956, pelajaran Sekolah Menengah dimulakan dan pelajar sekolah ini ditempatkan di sebuah pondok atap yang serba kekurangan. Namun demikian, pengasingan pentadbiran antara Sekolah Rendah dan Menengah hanya dibuat pada Januari 1958, di mana Bro. William menjadi Guru Besar Sekolah Menengah dan Bro. Aloysius, Guru Besar Sekolah Rendah.
Sekolah Saint Thomas mencipta sejarah pada tahun 1960, apabila buat pertama kalinya di bawah pentadbiran Bro. Eugene, mencapai kelulusan 100% dalam peperiksaan The Overseas School Certificate.
angunan 3 tingkat yang sedia ada dibina pada tahun 1961 dan pembukaannya dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah pada 18 Jun 1961 manakala bangunan Sekolah Rendah yang sedia ada, dibina pada tahun 1963
Dari tahun 1962 hingga 1967, Sekolah Saint Thomas menubuhkan sebuah Private School di bawah kelolaan Sekolah Menengah. Buat julung kalinya, sekolah ini menerima pelajar perempuan yang melanggar tradisi Sekolah Saint Thomas yang dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja.
Pada tahun 1966, bekas pelajar sekolah ini telah berkumpul dan menubuhkan OTAK (Old Thomasians Association of Kuantan).En. Phuah Chong Aun telah dipilih untuk menerajui persatuan ini. OTAK telah banyak memberikan bantuan tenaga dan juga wang untuk mengurangkan beban kewangan Sekolah Saint Thomas yang hanyalah sebuah Sekolah Bantuan. Disamping OTAK, Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada tahun 1971 untuk memberikan khidmat kepada sekolah ini terutamanya menjaga kebajikan pelajarnya.
Menjelang 1967, timbul masalah di mana pelajar sekolah ini yang lulus peperiksaan LCE (Lower Certificate of Education) tidak mempunyai tempat untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tingkatan 4. Ramai dari mereka terpaksa meneruskan pelajaran mereka ke Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar dan lain-lain sekolah di Kuantan. Akibatnya, Sekolah Menengah Saint Thomas telah diturunkan tarafnya menjadi Sekolah Menengah Rendah pada tahun tersebut. Ia hanya dinaikkan taraf ke Sekolah Menengah Penuh pada tahun 1977.
Sempena dengan ulang tahunnya yang ke-25, Sekolah Rendah dan Menengah Saint Thomas telah mengadakan Perayaan Jublee Peraknya pada 27 Jun 1975. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah iBni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah dan Almarhumah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah Afzan Binti Tengku Muhammad telah berkenan mencemar Duli dan berangkat merasmikan perayaan tersebut.
Pada tahun 1978, sekolah ini memulakan Kelas Sains Tulin dan sebuah makmal Sains yang lengkap sangat diperlukan. Oleh itu, menjelang 1981, sebuah Bangunan Makmal Sains Baru telah dibina dengan anggaran kos $250,000. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh bekas pelajar Saint Thomas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah pada 23 Mei 1981.
Walaupun pengasas-pengasas Sekolah Saint Thomas bersara mereka tetap tidak melupakan sekolah ini. Pada tahun 1979, Bro. Francis Tessier (Guru Besar Sekolah Menengah dari 1965-1973 dan Pengasas OTAK) telah membuat lawatan ke Sekolah Saint Thomas dan seterusnya merasmikan Jamuan Makan Malam yang dianjurkan OTAK. Manakala pada bulan Mei 1986, Rev. Bro. Aloysius iaitu bekas Guru Besar Sekolah Menengah (1954-1957) dan Sekolah Rendah (1954-1959) yang menetap di Scotland turut melawat sekolah ini.
Sementara itu, Rev. Father Guittat yang meninggalkan Sekolah Saint Thomas pada tahun 1957 kerana masalah kesihatan, terus berinteraksi dengan Sekolah Saint Thomas melalui surat dari Perancis. Walaupun tidak dapat menghadiri Sambutan Jubli Perak, beliau melawat kembali Sekolah Saint Thomas pada bulan Julai 1975 dan juga buat kali terakhirnya pada tahun 1995. Rev. Father Louis Guittat, pengasas The La Salle English School Klang dan Saint Thomas English School Kuantan, meninggal dunia pada September 2001 di Perancis. Beliau berumur 91 tahun. Satu upacara peringatan telah diadakan di Gereja St. Thomas pada 14 Oktober 2001.
Menjelang 2006, Sekolah Menengah Saint Thomas menyambut Perayaan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhannya. Pada 12 Ogos 2006, satu Jamuan Makan Malam telah diadakan di Meranti Ballroom Hotel Hyatt, Kuantan. Walaupun Rev. Father Guittat sudah tidak ada lagi, namun majlis tersebut diraikan dengan kehadiran hampir 250 orang tetamu yang terdiri dari bekas pelajar sekolah dan juga bekas-bekas Guru Besar dan Pengetua Saint Thomas seperti Lionel Thomasz, D’Cruz, Kenneth Sta. Maria, Choo Tai Chin dan ramai lagi
(Celahan info dari aku : Pada tahun 1995, Father Guitat telah singgah melawat ke Sekolah Menengah St Thomas)
Antara tahun 2003-2006, masa depan Sekolah Saint Thomas menjadi tidak tentu apabila Gereja Saint Thomas yang merupakan tuan punya tanah di mana sekolah ini dibina bercadang untuk mengambil kembali tanah tersebut untuk kegunaan pihak gereja. Menjelang 2007, pihak gereja menghantar surat rasmi kepada pihak sekolah memaklumkan tentang hasrat tersebut tetapi sehingga 2010, perkara tersebut masih lagi ditahap perbincangan di antara Kementerian Pelajaran dan Pihak Gereja St. Thomas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Thomas mengalami transformasi pasaranan yang agak mendadak pada tahun 2009 di bawah pimpinan En. K. Nandakumaran (Pengetua SMK Saint Thomas 2007-kini) yang juga merupakan seorang bekas pelajar sekolah ini. Beliau banyak berusaha mendapatkan bantuan kewangan dari pelbagai pihak khasnya dari PIBG dan akhirnya mendapat peruntukan hamper RM 300 000 dari Kementerian Pelajaran untuk membaiki dan menambahkan bangunan Sekolah Saint Thomas yang semakin uzur. Hari ini keadaan Sekolah Saint Thomas telah banyak berubah berbanding bangunan atap yang dibina pada 1956.
Sejarah Sekolah Saint Thomas akan sentiasa dihiasai dengan nama-nama seperti Father L. Guittat, Bro. Aloysius, Father John Yap, Father Reutens, Bro. William, Bro. Eugene, Bro. Raymond, Bro. Urban, Bro. Tessier, Bro. Vincent, Marist Brothers, Gabriel Brothers, M.N. D’Cruz, Kenneth Sta. Maria, Lionel Anthony Thomas dan ramai lagi. Sumbangan mereka kepada sekolah ini akan sentiasa diingati dan terpahat dalam sejarah Saint Thomas.
Lawatan terakhir aku ke Sm St Thomas adala pada tahun 2007 setelah 11 tahun meninggalkan sekolah ini. Sedikit gambar kenang-kenangan pada hari itu di sini https://picasaweb.google.com/mrkumai/SMStThomasKuantan# ,
(Aku merupakan Thomasian - gelaran bagi bekas pelajar, pada tahun 1991-1996 dimana pada ketika ini St Thomas bukan lagi menempuhi zaman kegemilangan kerana sebagai sekolah separa bantuan, ramai yang memilih untuk ke sekolah harian bantuan penuh kerajaan, namun 5 tahun disini banyak mencatatkan kenangan manis kepada aku dan kawan-kawan biarpun semuanya adalah Pelajar Lelaki sahaja!!! Proud to be Thomasian)
sejarah sekolah rendah ada x?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKuad... sekolah rendah tu tengah dalam pencarian sebab terhad. Yang diatas ini punaku copy dan paste aje dari website sekolah aku ni...
ReplyDeleteInsyaAllah ...
Proud to be Thomasian too...1998-2001..
ReplyDeleteAdakah sekolah st.thomas Akan tutup pada tahun2014?
ReplyDeleteSekarang st Thomas telah tutup. Sekolah rendah dipindahkan ke SK teruntum dan sekolah Menengah ke smk sultan Abu Bakar
ReplyDeleteAku adalah bekas pelajar SMK ST THOMAS KUANTAN
ReplyDeletetahun 1984-1988...sedih melihat bekas sekolah lama ku ini...banyak kenangan pahit dan manis ketika belajar disini...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete