Thursday, May 12, 2011

Pertanian adalah Perniagaan

Topik hari ini memang boring. Sebab aku sikit-sikit cerita pasal pertanian! Sikit-sikit pasal sayur. Nak buat macam mana dah kerja aku dikelilingi sayur-sayuran, kebun dan semuanya serba serbi pertanian. Kenapa ? tak nak dengar pasal pertanian ke? Itulah , tak kenal maka tak cinta… aku ingin kongsi sikit dengan anda berkenaan pertanian. Di Cameron Highlands, PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN… dikampung mungkin sekadar hobi . Mari kita semak fakta sedikit , tapi fakta ini agak ketinggalan sedikit:

Pengeluaran Tanaman vs nilai hasil:

o Beras : 1.4 juta tan bernilai RM 1.8 billion

o Buah-buahan: 1.8 juta tan bernilai EM 2.7 billion

o Sayur-sayuran: 0.7 juta tan bernilai RM 1.3 billion

o Bunga keratan : 106 juta keratan bernilai RM 55 juta

Nilai eksport berbanding Import;

Hasil eksport buah-buahan 460,893 tan bernilai RM 482.8 juta tapi kita mengimport 1,207,864 tan buah-buahan bernilai RM657.7 juta. Peliknya buah pelam, jambu, limau, durian dan banyak lagi yang mampu dan sesuai di tanam di Malaysia pun kita bawa masuk.

Hasil eksport sayur-sayuran 383,845 tan bernilai RM 462,8 juta tetapi kita mengimport 1,518,801 tan bernilai RM 1,518,5 juta termasuklah kobis, cili, kacang dan sayuran ruji kita yang juga boleh ditanam di depan rumah, belakang rumah atau berskala besar.

Cuba bayangkan jumlahnya adalah berjuta-juta dan mencecah berbilion. Cuma di mana peranan dan tanggungjawab kita sama ada telah dijalankan atau boleh disumbangkan atau ayat yang lebih tepat boleh mengambil peluang kepada situasi ini.

Cuma bagi rakyat di Malayisia selera kita terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan menunjukkan kita adalah kalangan manusia yang amat sedikit menikmati kedua-dua jenis makanan ini jika mahu dibandingkan dengan Negara-negara lain dan paling dekat sekadar melihat rakyat Singapore.

Aku tak pasti mana aku letakan rujukan aku berkenaan bab ini tetapi kalau melihat perubahan bagi tahun 2005 dan 2010 cukup sedikit pertambahan selera atau bajet kita :

Jenis makanan

2005

2010

Beras

85 kg

85 kg

Sayur-sayuran

65 kg

75 kg

Buah-buahan

55 kg

65kg


Pertanian di Cameron Highlands

Ini kalau kita lihat fakta secara umum, namun aku ingin kecilkan sedikit skopnya kepada pertanian di Cameron Highlands. Di sini tidak aku nafikan syurga sayur-sayuran tanah tinggi.

Berdasarkan fakta yang diberikan oleh PEJABAT PERTANIAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS, jumlah keseluruhan kawasan tananan di sini adalah berjumlah 5705 ha atau bagi budak Felda Kumai adalah dua kali lebih sedikit saiznya dibandingkan dengan Felda Kumai. Pecahan tanaman, sayur-sayuran mendahuli dengan keluasan 4,404 ha diikuti dengan Tanaman Ladang Teh 819 ha, 450 ha untuk bunga-bungaan dan selebihnya untuk buah-buahan bagi tanaman limau dan strawberry seluas 32 ha.

Kalau kita melihat kepada saiz dan nilai pengeluaran, sayur-sayuran mengeluarkan 160 ribu tan setahun dengan jumlah RM 160 juta setahun atau 13 juta sebulan atau RM 400,000 sehari. (Aku rasa lain macam sikit fakta ini, kalau ada pembetulan aku akan updatekan nanti) . Teh mengeluarkan 4,400 tan setahun dengan nilai RM 45 juta atau RM 3.75 juta sebulan atau RM 125,000 sehari dan hanya ada dua pengeluar teh iaitu Bharat Tea dan Boh.

Manakala bunga keratan mengeluarkan 3 jenis yang utama iaitu carnation, kekwa dan ros dan 75% adalah untuk pasaran import melibatkan nilai sebanyak RM 300 juta setahun. Ada kontra sedikit data disini dan diatas. Sendiri fikir ok sebab aku rujuk data sahih kementerian yang sama iaitu satu Putrjaya dan satu Cameron Highlands. Matematik ringkas , RM 25 juta sebulan atau RM 833 ribu sehari. Patutlah tokey bunga Daido Hana dan Magneficient Flower rumahnya besar dan keretanya pelbagai.

Dianggarkan sebanyak 2000 petani mengusahakan sektor ini di Cameron Highlands dan jumlah didominasi oleh Pekebun Cina. Jumlah yang dikhabarkan untuk Pekebun Bumiputra tidak pernah melebihi angka ratusan diatas kertas dan sebagai salah seroang petani melayu disini secara realiti untuk jumlah petani melayu sekadar jari jemari tidak lebih dua orang yang sempurna.

Petani Cina dan India malah ada kalangan pekerja Bangladeshi yang mempunyai kebun dan melihat pertanian adalah perniagaan. Malangnya bagi petani Bumiputera (Melayu dan orang Asli) peluang telah diberikan namun kesungguhan dan daya tahan yang masih ketinggalan jauh. Pelbagai isu menjadi alasan dan sebab ketinggalan.

Namun secara kesimpulan, menjelang masa depan , pertanian merupakan satu asas perniagaan yang tidak akan mengecewakan. Peluang dan permintaan sentiasa ada cuma langkahan yang bagaimana yang anda ingin mulakan sahaja yang membawa perbezaan.

Jika ingin melihat panaroma ladang-ladang di Cameron Highlands, sila klik http://picasaweb.google.com/mrkumai/KebunKebunDiCameronHighlands#
atau melihat hasil sayur-sayuran Cameron Highlands, klik https://picasaweb.google.com/mrkumai/SayurSayuranCameronHighlands#
atau ingin melihat kebun bunga kormersial di Cameron Highlands, klik di https://picasaweb.google.com/mrkumai/BungaBungaDiCameronHighlands#
Tapi agak lama tak update koleksi gambar-gambar di sini...


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.