Catatan ini saya kongsikan dengan memetik terus info dari Laman Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berkaitan prosedur untuk memohon penggunaan Tapak Perkhemahan Taman Eko Rimba Sungai Pauh yang terletak di dalam kawasan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands.
Saya sekadar berkongsikan sahaja info ini. Bukan ada kaitan apa-apa. Jadi jangan tanya saya untuk buat tempahan dan sebagainya.
Apapun nanti saya kongsikan apakah yang ada di Tapak Perkhemahan ini hasil kunjungan terbaru saya ke sana minggu sudah
Baca maklumat di bawah ini ya.... Ini adalah kaedah sementara sebelum aplikasi khas dilancarkan.
1. Bagi memudahkan proses permohonan tapak perkhemahan TER Sungai Pauh, Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands telah menetapkan kaedah permohonan melalui emel seperti dibawah:
2. Sila emelkan maklumat permohonan berikut ke phdchcampsite@gmail.com
Nama Penuh :
No. Telefon :
Bilangan orang :
Tarikh :
3. Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja. Anda akan menerima emel status permohonan ada sebaik sahaja permohonan anda di proses.
4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands melalui talian 05-4911384
5. Kaedah tempahan melalui emel ini adalah kaedah sementara sebelum sistem tempahan aktiviti rekreasi dalam hutan simpan dilancarkan. Sebaik sahaja sistem tersebut dilancarkan, kaedah tempahan tapak perkhemahan ini akan ditamatkan.
6. Untuk makluman juga, Tapak Perkhemahan TER Sungai Pauh mempunyai had maksima harian yang terhad hanya untuk 100 orang per malam. Had daya tampung ini telah mengambil kira keupayaan kapasiti tapak perkhemahan dan fasiliti yang disediakan.
sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.