Semalam, terdapat beberapa kejadian tanah runtuh sekitar Cameron Highlands dan yang paling menjadi tumpuan adalah kejadian pokok tumbang ke atas sebuah kenderaan SUV yang dinaiki 4 orang pelancong yang baru tiba dari Kuala Lumpur. Lokasinya adalah dihadapan Casa de Rosa dan bertentangan dengan Smoke House di Tanah Rata.
Kejadian ini menyebabkan kereta tersebut remuk teruk dihempap oleh pokok yang besar. 2 orang mangsa berada dalam keadaan parah.
Juga terdapat beberapa lagi lokasi tanah runtuh sekitar Cameron Highlands dan kalau tak silap ada 9 kesemuanya. Ini tidak termasuk dengan keadaan laluan Jalan Tapah ke Ringlet yang kini ditutup sementara bagi kerja penilaian risiko keselamatan dan pemulihan kawasan yang terlibat.
Saya menerima beberapa pertanyaan berkaitan adakah masih selamat bercuti di Cameron Highlands dalam masa terdekat ini. Maklumlah semuanya sudah ditempah baik penginapan dan juga sebagainya.
Jawapan saya? Saya agak risau untuk memberikan saranan atau juga cadangan. Cuma bagi memberikan reaksi kepada soalan ini saya lebih meletakan kepentingan keselamatan bagi semua pelancong berbanding dengan sudut ekonomi.
Anda boleh menilai apakah anda sanggup menanggung risiko jika bercuti dalam keadaan musim hujan dna baru sahaja kejadiaan tanah runtuh di beberapa lokasi boleh menyebabkan sedikit halangan kepada perjalanan percutian anda.
Namun pada masa yang sama anda boleh juga merancang kembali dengan meneliti untuk mengelakan ke lokasi yang berisiko untuk dikunjungan kali ini dan hanya berkunjung ke beberapa lokasi yang selamat. Contohnya untuk dielak adalah melakuan aktiviti pendakian ke gunung seperti Mossy Forest, Ladang Teh Sungei Palas atau ke kawasan kebun-kebun sayur.
Sesuaikan suasana semasa dengan lebih santai berehat di hotel atau penginapan dan hanya mengunjungi beberapa lokasi yang mudah, selamat dan hanya memerlukan persediaan ringkas untuk bercuti.
Nikmati suasana dingin yang lebih terasa di waktu ini.
Buat perancangan dengan teratur dan pastinya akan dapat memberikan pilihan yang lebih sesuai di waktu kunjungan kali ini. Simpan di masa akan datang lokasi yang berisiko.
Santai-santai ajelah ya..
Elakan menggunakan laluan Tapah ke Ringlet yang sangat berisiko ketika ini.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.