Thursday, September 16, 2021

Tanah Runtuh di Jalan Sungei Palas Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS - Seorang wanita maut selepas terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang merobohkan rumah didiaminya di Sg Palas dekat Brinchang di sini hari ini.

Difahamkan kejadian susulan hujan lebat selama dua jam itu menyebabkan rumah didiami mangsa, K.Vijaya,59 bersama suami dan dua anaknya roboh dan dihanyutkan air berlumpur.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu suami dan dua anak perempuan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa tertimbus di dalam tanah.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 3.30 petang mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal roboh akibat tanah runtuh.
"Seorang wanita telah tertimbus dan operasi mencari dan menyelamat dilakukan bagi mencari mangsa dengan menggunakan tiga buah jengkaut bagi membersihkan sisa runtuhan dan lumpur.
"Mayat mangsa ditemukan pada pukul 5.41 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,"katanya di sini hari ini
Tambahnya dua wanita yang terselamat dalam kejadian itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber : Pahang Story Facebook.






No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.