Burung ini saya temui di kawasan kerja saya kelmarin.
Nama tempatannya Merbah Berjangut Gunung ini memang menarik dan memang sesuai dengan gayanya yang memang berjanggut.
Nama tempatan yang lain adalah Merbah Beringin.
Awalnya saya sangkakan ianya adalah Merbah Kelabu sebelum dibetulkan oleh salah seorang sahabat birder saya.
Nama enggerisnya agak unik iaitu Ochraceous Bulbul dan nama saintifiknya pula adalah Alophoixus ochraceus.
Burung ini dikatakan sejenis burung yang berada di sekitar kawasan sub montane iaitu kawasan pergunungan dan saya temuinya di kawasan aras ketinggian 1140 meter dari aras laut.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.