Burung Sibia Ekor Panjang ini bukanlah kali pertama saya temui di Cameron Highlands tetapi minggu lepas adalah kali pertama saya dapat tangkap gambarnya secara tenang selama kurang 1 minit.
Ini kerana burung ini amat aktif bergerak dalam kawanannya sekitar 10 ekor dan tidak akan bertenggek lama di dahan. Sakit hati nak ambil gambarnya setakat ini. Inipun bukan terlalu dekat jaraknya jadi gambarnya kecil sahaja dan kalau terlalu crop nanti terlalu jelas noise pada gambar pula.
Bolehlah sekadar nak simpan dalam album dan boleh 'tick' dalam senarai burung yang pernah saya temui dan ambil gambarnya.
Burung ini mempunyai nama tempatan lain iaitu Burung Rimba Ekor Panjang. Panggilan engerisnya adalah Long-tailed Sibia dengan nama saintfiknya adalah Heterophasia picaoides, manakala spesis yang ditemui di Malaysia adalah Heterophasia picaoides wrayi yang boleh ditemui di kawasan tanah tinggi sekitar Perak, Selangor dan Pahang.
Burung berukuran sehingga 25-30 cm dengan warna kelabu, berekor panjang dengan corak putih dan kelabu dibahgian depan. Semoga ada rezeki ambil gambarnya dari arah depan pula nanti.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.