Tuesday, July 6, 2021

Harga Keledek Madu di waktu PKP

Satu lagi produk yang menjadi pilihan pembelian pelancong di Cameron Highlands adalah Keledek Madu. 

Perlu saya akui, produk ini bukan sepenuhnya dari daerah Cameron Highlands namun ianya masih popular dikenali dengan Cameron Highlands kerana dinikmati dan dihidangkan panas-panas sewaktu suasana sejuk di sini. 

Keledek yang dijual di Cameron Highlands ada 3 jenis iaitu Keledek Madu yang berwarna kuning keemasan dan sangat manis menjadikan ia sebagai pilihan utama pelancong.  

Kedua adalah keledek unggu atau purple. Warnanya memang unggu dan sedikit lemak. Juga boleh dimakan selepas direbus.

Ketiga keledek bewarna oren iaitu yang agak bersaiz besar dan biasanya sesuai dibuat ramuan kuih muih dan juga digoreng.

Dahulu harga ketiga-tiga keledek ini dijual sekitar RM 6-8 sekilogram namun ketika zaman PKP ini saya mendapati harganya dijual hanya RM 5 sekilogram ataupun ada yang dijual RM 6 sekilogram tetapi jika dibeli dua kilo berharga RM 10 sahaja.

Jadi kerana harganya yang sedikit turun ini maka selalulah saya dan keluarga menikmati keledek madu rebus untuk sarapan dan makan supper tengok TV.

Catatan awal saya mengenai keledek boleh dibaca di sini, KLIK

 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.