2 Julai 2021 menyaksikan terdapat 4 kes positif COVD-19 dilaporkan di Cameron Highlands. Kali ini 3 masih berkisarkan kepada Kluster Kailan Tringkap.
Namun terdapat 1 kes warga tempatan di Persiaran Dayang Endah Tanah Rata. Untuk rekod, Persiaran Dayang Endah ini adalah bermula dari Simpang Terminal Fressia sehingga ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom.
Dari sumber tidak rasmi, kes ini melibatan kakitangan KKM yakni frontliner yang terlibat dalam aktiviti pengambilan swab test di PKPD Tringkap. Besar sungguh pengorbanan beliau sehingga dirinya sendiri terjangkit positif.
Semoga dipermudahkan urusan kesembuhan mereka semua.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.